Korang Nak Beli Kereta Di Usia Muda? Jom Ikut Tips Ini!

Siapa kata mustahil nak beli kereta?

Hai! Dalam posting kali ni, aku nak share sikit pasal macamana korang boleh beli kereta dalm usia muda. Dalam posting ini iugak aku tiada niat nak kata yang oh gaji kecil tak payah la beli kereta, elok simpan beli rumah lah, beli kereta second hand dulu dan macam-macam lagi la perkara negarif yang ramai netizen kat luar sana tu akan cakap

Keperluan atau Kehendak?

Sebenarnya memiliki sebuah kereta merilupakan keperluan bagi sesetengah individu. Ada yang lebih selesa menaiki motosikal dan bagi yang sudah berkeluarga di usia muda, kereta antara satu kewajipan yang korang kena ada. Lagipun sekarang aku perhatikan yang harga kereta kebanyakannya masih lagi dalam range harga yang sama dan tidak begitu banyak beza berbanding 2-3 tahun lepas. So macamana korang nak mula mendapatkan sebuah kereta idaman korang? dekat sini aku akan share antara perkara- perkara yang perlu korang lalui bagi yang tiada pengalaman tu.

Survey Kereta Idaman Korang!


First of all, korang mestilah kena survey (kat google je boleh) dulu kereta apa yang korang nak pakai, and nak beli. Jenis kereta ni bergantung kepada kegunaan seharian korang Sama ada korang prefer kereta jenis MPV, SUV, Hatchback atau Sedan. Bagi aku survey kereta dulu penting untuk pastikan korang ada semangat sikit. Kiranya macam nak bagi korang excited sikit la. Aku yakin yang korang tak lah teruk sangat sampai terigin nak kereta Mercedes C-Class contohnya, tapi gaji korang baru je RM2000. Aku yakin yang korang akan survey kereta yang sesuai dengan budget bulanan korang.

Pergi Showroom Cepat!


Seterusnya, kalau korang dah dapat survey kereta yang korang nak tu, pergilah show room atau galeri jualan kereta yang berdekatan. Jumpa salesman dia dan diorang akan cerita lebih lanjut lagi tentang kereta idaman korang tu. Dekat sini juga korang harus ambik kesempatan untuk tanya seberapa banyak soalan yang boleh contohnya mengenai spesifikasi kereta itu dengan lebih detail lagi. Salesperson yang baik dia akan recommend dekat korang mana model or varian yang bagus sesuai dengan budget korang. Salesperson juga boleh bantu korang untuk kirakan jumlah komitmen yang korang kena bayar setiap bulan, kadar interest dan bank mana yang sesuai untuk korang. Salesperson juga bertangunggjawab untuk menghantar dokumen korang kepada pihak bank, so korang kena pandai juga cari salesperson pastikan dia cepat reply whatsapp korang baru nampak dia macam proaktif and pandai jaga customer.

Dokumen Kena Cantik Baru Submit Bank


Kalau korang dah submit semua dokumen yang diperlukan, then apa yang korang perlu buat adalah tunggu panggilan daripada pihak bank. Selalunya akan mengambil masa selama 1-2 minggu bergantung kepada bank. So bila dapat call dari pihak bank ni dia akan tanya korang beberapa soalan pengesahan, contohnya kerja sebagai apa, gaji terkini, ada hutang ke tak dll. Suka untuk aku ingatkan yang sebelum memohon pinjaman dari pihak bank pastikan rekod pembayaran hutang korang cantik (contoh macam PTPTN) harus dibayar mengikut jadual barulah proses bank lebih mudah.

selepas beberapa minggu korang dapat panggilan daripada pihak bank,akan ada lagi beberapa panggilan yang menyusul, sampai lah korang dapat panggilan yang menyatakan pinjaman kereta korang diluluskan. Dan apa yang perlu korang buat adalah korang kena pergi ke bank cawangan tempat loan korang diluluskan dan korang kena sign beberapa agreement lah, mudah je proses ni, pihak bank akan guide korang satu persatu, dekt sini jugaka dia akan maklumkan berapa jumlah komitmen korang setiap bulan dan jumlah interest yang bank akan kenakan.

Sikit Lagi Sebelum Korang Dapat Kereta Korang!


So selepas itu, apa yang korang kena buat adalah teruskan menunggu untuk beberapa minggu untuk salesperson siapkan kereta korang. Dekat sini mungkin dia akan tanya pasal no pendaftaran yang korang nak guna, or korang nak beli no pendaftaran istimewa ke kan contoh macam VAVI 1111 ke?

Panggilan terakhir dari salesperson which bagi aku panggilan yang sangat best adalah apabila diorang call korang yang dah boleh ambil kunci kereta dan korang pun bersiap lah sepantas kilat untu terus ke show room.

Periksa Kereta Sebelum Ambil Kunci


Ada beberapa benda yang salesperson akan inform korang sebelum korang ambil kunci contohnya macam dia akan ajar sikit pasal cara nak operate kereta tu, dia akan bantu korang buat rutin pemeriksaan kereta dll. Kalau korang bernasib baik ada free gift yang diorang akan bagi jugak tau.

So secara ringkasnya korang dah dapat kereta pertama korang dan jangan lupa nak buat bayaran bulanan dan rutin servis mengikut jadual. So aku rasa itu jelah posting panjang untuk harini. Korang ada pengalaman lain semasa korang nak beli kereta? boleh komen dibawah kita share sama-sama k. Jumpa lagi!
Previous Post Next Post

Contact Form