Used Car Dealer Membeli Kereta Anda Dengan Nilai Yang Lebih Tinggi |
- Jenama Kereta
- Model
- Transmisi (Manual / Automatik)
- Keadaan kosmetik
- Jarak pemanduan (Mileage)
Oleh itu, amatlah penting untuk anda membuat keputusan sama ada jika mempunyai kereta yang ingin dijual, bilakah masa yang sesuai dan dimanakah platform terbaik untuk menjualnya. Selalu kita dengar platform seperti CARSOME dan MYTUKAR, tetapi anda juga harus cakna dan bijak membandingkan nilai yang diberi oleh platform popular ini dengan penjual kereta terpakai - 'used car delaer'. Perkongsian kali ini berkaitan bagaimana untuk menjual kereta kepada penjual kereta terpakai - 'used car delaer'. Kadangkala harga yang ditawarkan untuk kenderaan anda lebih murah berbanding 'used car dealer' dan diakhirnya anda yang akan menanggu rugi kelak apabila menjual kenderaan anda dibawah harga yang sepatutnya. Walaubagaimana pun, proses menjual di 'used car dealer' ini tidaklah semudah seperti platform CARSOME atau MYTUKAR, tetapi tidak salah untuk usaha yang lebih sedikit demi hasil yang lebih lumayan bukan?
Seorang pelayar web kami berkongsi cerita bagaimana beliau menjual kereta Proton Iriz varian standard 1.3 (Manual) dengan harga yang kompetetif kepada 'used car delaer'. Beliau sebelum itu telah mencuba untuk bertanyakan kepada platform popular MYTUKAR, CARSOME DAN MUDAH AUTO namun, agak hampa apabila nilai yang dicadangkan amatlah rendah dengan alasan transmisi kereta manual mempunyai susut nilai yang sangat tinggi.
Penting untuk anda tahu berapakah nilai terkini kenderaan anda. Lakukan carian di Google, dan lihat nilai kereta yang dijual oleh platform tersebut. Mengambil contoh, sebuah kereta Proton Iriz 1.3 dijual dengan harga RM20,000 di platform A. Jadi untuk mengetahui anggaran nilai kereta adalah dengan menolak RM5,000-7000 daripada harga jualan tersebut bermakna harga sebenarnya adalah dalam lingkungan RM13,000-15,000 sahaja.
Selepas itu, anda boleh pergi ke mana-mana pengedar kereta terpakai - 'used car dealer' dan menyatakan hasrat anda untuk menjual kereta. Kebiasannya mereka akan melakukan rutin pemeriksaan ringkas terhadap kondisi kereta sekitar 30-40 minit. Kemudian mereka terus memberikan harga belian. Benda paling menarik berurusan dengan 'used card dealer' berbanding platform popular lain adalah bolehnya 'negotiate' harga tersebut mengikut nilai yang dipersetujui kedua pihak.
Sebagai contoh, jika pihak 'used car dealer' menawarkan harga RM11,000 untuk kenderaan anda namun penyata bank masih berbaki RM20,000, anda perlu melakukan 'top-up' ke atas belian tersebut. Dalam hal ini, 'top-up' sebanyak RM9,000 diperlukan untuk menjual kereta tersebut. 'Top-up' dilakukan terus ke akaun 'used car dealer'. Sebagai langkah berhati-hati, minta resit daripda mereka. Pihak 'used car' kemudiannya akan menggunakan wang anda beserta wang yang mereka beli untuk membuat 'fully settlement' ke bank. Proses ini mengambil masa yang agak lama sekitar sebulan lebih. Jadi pentingnya untuk anda sentiasa melakukan 'follow-up' kepada mereka.
Ada beberapa kemungkinan akan berlaku sewaktu mereka membuat penyelesaian penuh dengan bank, anda mungkin akan dipanggil untuk bersama mereka pergi ke bank. Hal ini, kemungkinan adanya kos -kos kecil yang perlu ditanggung oleh pemilik yang memerlukan pembayaran segera. Selepas beberapa hari, anda boleh melakukan semakan dengan pihak bank bertanyakan tentang status pembayaran penuh kereta anda untuk memastikan tidak ada apa-apa masalah berbangkit. Jadi, anda telahpun melengkapkan proses menjual kereta dengan 'used car dealer'.
Ada pihak mengatakan jika cukai jalan masih belum tamat tempoh ketika kereta dijual, anda boleh melakukan tuntutan dengan pihak insuran untuk mendapatkan rebat dengan cara pergi ke JPJ selepas proses penjualan kereta selesai
Tags:
info