Review: Kedai Tukar Tayar Kereta Termurah Selangor 2023

Kedai Tayar Murah Di Semenyih

Apabila sudah memiliki kenderaan peribadi (kereta atau motosikal) seharusnya pemilik turut berfikir mengenai penyelenggaraan kenderaan tersebut yang bukan sahaja pada servis berkala tetapi beberapa komponen seperti tayar khususnya. Perkongsian kali ini adalah daripada seorang warganet yang menceritakan pengalaman mengenai kedai tayar dimana beliau berpuas hati dengan servis dan harga yang ditawarkan.

"Selepas lebih 2 tahun kereta ni berkhidmat, dah tiba masanya untuk tukar 'kasut' kereta. Memang nampak teruk sangat keadaan tayar disebabkan ini 'daily car' dan selalu 'outstation'. Selepas melakukan 'survey' di beberapa kedai tayar kawasan sekitar, barulah jumpa dengan satu kedai ni di tepi jalan besar menghala ke pekan Semenyih. Papan tanda besar Seri Yoga Auto Tyre Enterprise  dan disnilah tempat yang disebut ramai orang yang tinggal di Semenyih/ Kajang ni. Banyak 'review' pasal kedai ni, katanya servis bagus, harga boleh bincang, dll. Sekarang nak merasa jugak betul atau tidak macam yang di'viral'kan tu."

BELI TAYAR MURAH DISINI 👉https://invl.io/clfggd9

First Impression

"Kalau nak kata first impression nampak bagus, sebab pergi 'on weekend', memang banyak kereta yang tengah tunggu 'que'. Lepas 'park' kereta depan kedai, terus disapa oleh pekerjanya dan adalah dia beritahu serba-sikit mengenai jenis tayar, brand yang sesuai dll. Memang nampak 'convincing', selepas itu, pekerja tu terus minta kunci kereta and bawa kereta ke dalam kedai. Dalam hati terdetik jugak macam cepat je siap, tapi kita tengok dulu macamana."

Penantian Bermula

"40 minit berlalu, dan masih lagi belum nampak ada pekerja yang menghampiri kereta. Antara benda yang kurang 'best' apabila kerusi untuk pelanggan yang menunggu cuma ada 2 buah sahaja dan ketika itu memang dah ada orang duduk. Memang kena sidai dekat situ jawabnya. 15 minit kemudian barulah ada seorang pekerja datang, cabut tayar, tukar dengan yang baru, lepastu diorang letak dalam mesin tayar dan siap. 15 minit je untuk proses tukar 1 tayar tu! Kita yang menunggu nak dekat sejam memang menguji keimanan betul. 30 minit berlalu, selesai sudah penukaran 2 tayar kereta ini. Jumlah masa yang diperuntukkan dalam satu jam lebih jugak."

Proses Penukaran Tayar Di Sri Yoga Enterprise

Berapa Harga?

"Lepas dah tukar tayar, kita pergi buat 'alignment'. Kena juga tunggu 'que' sebab mesin ada satu unit sahaja, tapi taklah lama  dalam 15 minit sahaja selesai segala proses. Jadi, berapa harga yang dikenakan? Untuk tayar baru ni guna 'brand' Continental Comfort Contact (CC6) - RM150/sebiji, sekali dengan 'alignment' dia kira RM15, so total lebih kurang RM315 untuk dua biji tayar Continental baru + alignment. Satu benda yang menarik adalah apabila kita boleh 'nego' dan dapatlah jumlah harga yang kena bayar hanya RM300 sahaja."

Jadi, untuk sesiapa yang berada di sekitar Kajang / Semenyih / Bangi boleh cuba kesini dengan memilih 'timing' yang baik kalau tidak memang akan berhadapan dengan masa menunggu yang agak lama. Mungkin sebab harga yang ditawarkan berpatutan dan tidak hairanlah kenapa kedai tayar ini menjadi pilihan."

Alamat:

Seri Yoga Auto Enterprise,

91, Jalan Semenyih, Pekan Semenyih,

43500 Semenyih, Selangor

Previous Post Next Post

Contact Form