Potret Misteri
Potret itu adalah lukisan seorang perempuan yang tidak dikenal pasti identitinya, ada juga yang bercerita bahawa potret itu adalah wajah banduan itu sendiri tapi entahlah, tak ada pengesahan mengenai potret yang berada di dalam penjara tertua di Malaysia tu. Mengikut penceritaan bekas warden penjara, memang betul terdapat banduan yang mahir melukis dan memang dialah yang melukis potret tersebut dan lebih misterinya adalah apabila dikatakan potret itu mengeluarkan cahaya pada waktu malam yang menyebabkan suasana di penjara itu lebih menakutkan. Ramai juga mengatakan bahawa ketika waktu malam, akan terdapat bayang-bayang berkeliaran dan ini diceritakan sendiri oleh warden itu yang mengatakan ketika itu biliknya adalah berhadapan dengan sel tersebut.
Potret inilah yang dikatakan |
Ada juga beberapa lukisan lain |
Menangis Disaat Hari Penggantungan
Tambahnya lagi, adakalanya ketika hari penggantungan seseorang semakin hampir, potret itu seakan mengalirkan air mata, ini jelas diakui oleh bekas warden tersebut yang dibawa oleh rakan-rakannya untuk melihat sendiri sel tersebut. Yang lebih menakutkan adalah sel itu tidak boleh dinyalakan lampu didalamnya. Cerita mengenai potret ini adalah salah satu daripda kisah seram yang pernah menghantu penjara tersebut. Sebenarnya aku rasa ada banyak je lagi cerita, mcam-macam versi lah tapi for now aku cover yang ni dulu.
Keratan akhbar berkaitan potret misteri penjara pudu |
Korang boleh baca beberapa keratan akhbar yang aku bagi dekat sini untuk mengetahui lebih lanjut, tapi memang potret itu sememangnya wujud namun kebenaran kisah misteri disebaliknya masih belum dapat dibuktikan hinggalah penjara pudu kini dalam kenangan. Korang ada jugak kisah seram yang korang tahu mengenai penjara pudu? komen dibawah