|
Spyshot dekat jalan macam Proton X50 |
Proton kini tampil dengan lebih garang pada tahun 2020 selepas mencatatkan jualan yang memberangsangkan pada tahun 2019. Terima kasih kepada model Proton X70 yang membantu mencatat pertambahan jualan yang agak banyak. Kini selepas 2 tahun diperkenalkan di pasaran, Proton kini akan membawa masuk satu lagi model Geely yang dikenali sebagai Proton X50 yang merupakan adik kepada Proton X70 dan mungkin akan dilancarkan pada tahun ini. Kat sini aku kongsikan sedikit sebanyak leaked photos Proton X50 yang pastinya lebih stylo habiss!
Sudut Pandang Proton X50
|
Proton X50 diinspirasikan daripada Geely Boyue |
|
Proton X50 diinspirasikan daripada Geely Boyue |
|
Proton X50 diinspirasikan daripada Geely Boyue
Kemasan Dalaman Mewah
Selain rupa luaran depan belakang tepi semua memang nampak merecik habis, kali ni cuba korang tengok rupa dalaman Geely Boyue ni, aduhh memang kalau betul la Proton X50 macamni memang aku rasa kereta ni memang menjadi kegilaan ramai! Sistem infotainment canggih, panel meter digital dan kemasan kulit premium, apa lagi korang nak
Spyshot Proton X50 Di Jalan Raya
Gambar yang dikongsikan di Paultan.org ni adalah gambar spyshot yang diambil oleh orang awam yang lebih kuat mengatakan bahawa Geely Boyue ni adalah Proton X50. Selalunya kalau ada spyshot ni maknanya kereta ni tak lama lagi akan dijual di pasaran! Korang agak-agak sama tak dengan gambar Geely Boyue yang aku tunjuk kat atas tu?
Artist Impression Proton X50
Dan yang last sekali ni aku nak share sikit ada beberapa keping gambar artist impression yang telah diedit dengan menukar lambang geely kepada lambang proton, huihhh kalau korang tengoik gambar ni memang korang dah boleh confirm yang design Proton X50 ni memang jauh lebih padu daripada abang dia weh!
So amacam? boleh start saving siap-siap sebab tak lama lagi Proton bakal membuat pengumuman rasmi ni bila diorang nak lancarkan Proton X50! Korang excited tak?
|