(Gempar) Korea Utara Isytihar Tahan Rakyat Malaysia

Hubungan kedua negara ini makin memuncak
Hubungan kedua negara ini makin memuncak

Susulan kematian Kim Jong Nam serta pengusiran duta Korea Utara ke Malaysia, Kang Chol, Korea Utara telah mengambil langkah yang lebih dingin terhadap Malaysia meneyebabkan ketegangan kedua negara ini kian memuncak.




Rakyat Malaysia di Korea Utara Ditahan

Laporan Astro Awani hari ini menyebut Pyeongyang telah menghalang warga Malaysia meninggalkan Korea Utara. Difahamkan mengikut kenyataan Timbalan Menteri Luar Negeri, Dato' Seri Reezal Merican, seramai 11 orang rakyat Malaysia termasuk petugas kedutaan yang kini berada di sana.

Malaysia Serang Balas

Kementerian Dalam Negeri turut mengeluarkan arahan serta-merta menghalang kakitangan kedutaan Korea Utara untuk keluar dari Malaysia sebagai tindak balas tindakan Pyeongyang. Perdana Meteri, Datuk Seri Najib Razak juga telah mengutuk sekeras-kerasnya tindakan Korea Utara tersebut. Datuk Seri Najib kini dalam mesyuarat tergempar Majlis Keselamatan Negara (MKN).

sumber dan untuk lebih berita (link) : Astro Awani 

***
Diharap krisis diplomatik diantara Korea Utara dengan Malaysia diselesaikan dengan segera. Risau jugak dengan Korea Utara ni. Semoga semuanya berakhir dengan baik.
Previous Post Next Post

Contact Form