Sentiasa Confident Dengan Diri Anda!

Kalau kita lebih confident, banayak perkara luar biasa yang kita boleh buat (gambar hiasan)

Anda mungkin selalu merasakan anda tidak yakin untuk melakukan sesuatu perkara, atau anda tiada keyakinan untuk mengekspresikan diri anda yang sebenar. Yelah, terpaksa berpura-pura depan orang lain, tidak menjadi diri sendiri dan sentiasa takut untuk melakukan sesuatu. Anda tidak yakin dengan diri sendiri. Bagaimana nak ubah kalau dah jadi macam ni?

Terpaksa Sembunyikan Diri Yang Sebenar

Ini adalah simptom utama untuk tahu anda 'confident' atau tidak dengan diri anda. Mungkin ada di antara anda yang tidak dapat nak tonjolkan kebolehan anda, tidak dapat untuk beritahu orang lain bahawa anda ada kelebihan tersendiri, tidak berani untuk tampilkan diri kedepan, atau anda terpaksa menjadi orang lain untuk mendapatkan perhatian. Jika di dalam kumpulan mungkin anda hanya jadi 'pendengar' sahaja kepada cerita rakan-rakan anda sedangkan anda punya cerita lagi menarik untuk dibualkan. Anda juga akan cuba mengikut fesyen yang hampir sama dengan rakan-rakan anda sedang anda berasa sangat tidak selesa. Hmmm..susah jugak kan jadi orang yang kurang confident ni

Jom Ubah Jadi Lebih 'Confident'!


Untuk masa ini saya senaraikan 5 perkara yang harus anda lakukan untuk menjadikan anda lebih yakin atau confident dengan diri anda sendiri. Cubalah!

1. Explore Kebolehan / Speciality Anda

Cuba cari dimana anda punya kebolehan yang sebenar, tipulah kalau tiada kebolehan, sedangakan setiap manusia dicipta dengan keunikan masing-masing, tak begitu? Kebolehan ini tak semestinya kebolehan yang gempak-gempak macam pandai repair kereta ke pandai buat rumah ke, cukuplah hanya kebolehan yang biasa sahaja. Contoh? main facebook, buat pickupline, dan datang awal ke kelas. Simple kan?

2. Mahirkan Kebolehan Anda

Selepas anda jumpa kelebihan anda, cuba kaji dan belajar lagi bagaiamana anda punyai kelebihan tersebut daripada orang lain. Contohnya, anda mempunyai kelebihan datang awal ke kelas. ok, bagaimana anda boleh datang awal?, sebab anda sentiasa bersiap awal. Simple! (itu contohlah..hehe)

3. Jadi Lebih Berani

Untuk lebih confident, anda kena sentiasa berani. Jangan jadi seorang yang terlalu skema, break the rules (sometimes), buat sahaja apa yang anda rasa betul dan jangan terikut-ikut dengan rentak orang lain, create your own rythm, bila anda dah anda keberanian anda sendiri atau rythm anda, barulah anda akan lebih yakin dengan diri anda sendiri. Betullll

4. Let People Speak Themselves

Penghalang untuk menjadi lebih yakin dengan diri sendiri ini mestilah sebab kita takut sangat dengan mulut-mulut orang atau cakap belakang pasal kita. Nasihat saya, biarkan aje diorang tu, nanti penat diorang berhentilah.ahaaa, Jangan takut untuk bawa identiti anda sendiri ke khalayak ramai. Tak payahlah dengar mulut-mulut orang yang berbau tu, bukan dia bagi duit pun kalau dia kutuk awak.

5. Set Mental Untuk Lebih Yakin

Kesemua tips di atas tak bererti kalau anda sendiri gagal untuk set mental anda menjadi lebih yakin. Sentiasa bisik dalam diri yang anda mampu untuk buat dan tetapkan mental anda untuk selalu positif. Secara automatknya, keyakinan akan datang kepada diri anda sendiri.

***

Macamana, senang je kan nak jadi 'confident' ni. Apapun, itu serba sedikit perkongsian blog saya kepada anda semua. Saya mengharapkan agar tips ini mampu membantu anda, kalau tidak secara total pun, sikit pun kira jadilah. Jika anda ada sebarang pertanaan, cadangan, atau komen, drop it below!
Previous Post Next Post

Contact Form