Seto Canal menjadi tumpuan (foto:lifetoreset.wordpress) |
Sangat Bersih Hingga Ikan Kap Boleh Hidup!
Terletak di Furukuwa, sebuah perkampungan lama yang terletak di daerah Hida, 'longkang' ini sebenarnya dipanggil sebagai Seto Canal. Menariknya adalah saluran air ini sangat kecil dan terletak betul-betul di bahagian belakang deretan kedai lama, sama seperti longkang yang terdapat di Malaysia tetapi ada hidupan!
Seperti sedia maklum, rakyat Jepun memang terbaik kalau bab-bab kebersihan ini. Saluran air tersebut telah dicantikkan dan menjadi tumpuan kediaman ikan kap yang dikatakan bilangannya melebihi 1000 ekor dan terdiri dari pelbagai warna. Semestinya cantik!
Untuk makluman, Seto Canal ini memang sudah terkenal dalam kalangan pelancong disebabkan ikan kap dan juga suasana kampungnya yang sangat tenang dan bersih. Selain ikan kap ini, terdapat juga beberapa tempat menarik yang boleh dikunjungi termasuk Takumikan Craft Museum dan Festival Hall.
Musim bunga membuatkan tempat ini lebih cantik (foto:lifetoreset.wordpress) |
Aktiviti 'penyelenggaraan' (foto:japantimeline) |
Tags:
lifestyle
terbaik. malaysia boleh mulakan dengan buat longkang macam ni di tempat-tempat luar pusat bandar rasanya
ReplyDeleteyup, memang perlukan kerjasama banyak pihak termasuk penduduk untuk realisasikan benda macamni
Delete