Iphone Harga Murah? Berbaloikah Anda Membeli Iphone Refurbished?

Perlu berhati-hati membeli Iphone
Perlu berhati-hati membeli Iphone

Iphone 6s Dengan Harga Murah Dari Biasa?


Kebanyakan dari kita pasti mengimpikan untuk memiliki gajet mewah terutamanya Iphone. Memang banyak kelebihan produk Apple ini dan disebabkan demand yang tinggi, Ramai peniaga / seller di luar (yang bukan Apple Authorized) mengambil kesempatan untuk menjual Iphone dengan harga yang jauh lebih murah dari pasaran. Ya, sangat murah, Iphone 6S dengan kapasiti 64GB pun anda boleh dapat dengan harga RM1500 sahaja. Bagaimana mereka dapat bagi harga tak masuk akal macamtu sekali?

Refurbished Set

Ya, mulai hari ini anda perlu tahu perkataan ini jika anda ingin membeli apa -apa gajet sekalipun. Refurbished Set ini adalah set dimana bila ada parts of device yang rosak, ia akan dihantar semula ke kilang dan ditukarkan parts yang rosak dengan yang baru. Sebagai contoh...

"Headphone jack Iphone 6S rosak dan Iphone tersebut akan dihantar ke kilang dan headphone jack tersebut akan ditukar dengan yang baru."

Itu adalah konsep bagaimana refurbished ini dijalankan. Apple juga ada mengeluarkan refurbished set (kotak putih) jika anda membeli Iphone tersebut di authorized apple reseller. Sememangnya kualiti refurbished set ini dengan dengan set asal tidak ada beza langsung kerana refurbished process adalah dilakukan oleh Apple sendiri. Harga pun kurang sikit dengan harga asal.

Apa yang menyedihkan adalah TIADA REFURBISHED SET APPLE UNTUK MALAYSIA. Ya, disinilah kebanyakan seller mengambil kesempatan dengan melakukan refurbished process di kilang - kilang yang tidak berdaftar. Kebanyakan spare part mereka adalah spare part yang murah dan bukan genuine. Jadi itulah sebab mereka dapat jual Iphone dengan harga yang memang murah.

Berbaloikah membeli Iphone refurbished?
Contoh harga Iphone refurbished yang dijual


Satu benda yang anda tidak perlu risau adalah Iphone tersebut masih lagi original, ia bukan clone, Korea set atau China set, memang original apple, cumanya terdapat beberapa parts failure yang mengakibatkan Iphone tersebut perlu dihantar semula ke kilang untuk digantikan dengan komponen yang baru. Ya, refurbished set memang murah, sebagai contoh gambar diatas, harga sebenar iphone 6S yang dijual di apple store adalah RM2500++ dan refurbished pula hampir 50% daripada harga sebenar!

Berbaloikah Membeli Iphone Refurbished?

Ya, secara teknikalnya, and masih Iphone User jika anda membeli set refurbished sekalipun, Entry ini pun bukanlah ditulis untuk menjatuhkan bisnes Iphone refurbished yang sedang rancak di luar sana, tetapi sekadar berkongsi ilmu dengan anda semua. Iphone refurbished ini juga sebagai alternatif untuk membantu mereka yang mungkin mempunyai bajet yang kecil tetapi teringin untuk memiliki Iphone.

Parts yang ditukar melalui ini refurbished process ini adalah variasi, daripada screen sehingga ke processor, semuanya boleh ditukar. Menjadi semakin sulit apabila kualiti refurbished Iphone ini tidaklah secanggih dan sebagus Iphone yang bukan refurbished. Tapi ia masih Iphone. Anda sebagai pembeli, anda mungkin lebih bijak dalam membuat penilaian.

Tips

Jika anda kurang pasti sama ada model Iphone yang dijual adalah refurbished atau tidak, cuba layari laman rasmi Apple Malaysia yang hanya memaparkan senarai model yang masih dijual oleh mereka. Apple akan menghentikan penghasilan beberapa model terdahulu selepas munculnya model yang baharu.

Setakat ini sahaja entry saya kali ini, Any comments, inquiries & suggestions? drop it below!



Previous Post Next Post

Contact Form