Skim Latihan 1 Malaysia (SL1M) : Cari Kerja Sekarang!

SL1M di PWTC
SL1M di PWTC

Baru-baru ini saya sempat untuk mengunjungi salah satu 'career fair' atau dengan tepatnya adalah program Skim Latihan 1 Malaysia (SL1M) 2017 zon tengah bertempat di PWTC, Kuala Lumpur. Program ini berlangsung selama 2 hari bermula 21 Februari hingga 22 Februari 2017. Bagi yang masih belum mendapatkan gambaran jelas mengenai SL1M, sedikit pengenalan saya kongsikan kepada anda semua.

SL1M : Latar Belakang

Program Skim Latihan 1Malaysia (SL1M) telah dilancarkan pada 1 Jun 2011 adalah satu program kebolehpasaran yang bertujuan untuk membantu graduan menganggur meningkatkan tahap keupayaan diri dengan mempersiapkan mereka dengan ilmu, kemahiran dan pengalaman bekerja seterusnya meningkatkan peluang mereka untuk mendapatkan pekerjaan.
Program ini diselia oleh Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri (UPE, JPM). Program SL1M dijayakan melalui kerjasama dan penglibatan daripada Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLCs) dan syarikat swasta secara Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) di mana semua kos perbelanjaan bagi melatih para graduan ini dibiayai sepenuhnya oleh pihak syarikat. Bagi menghargai komitmen yang diberikan oleh pihak syarikat untuk melatih para graduan ini, Kerajaan telah menawarkan Insentif Potongan Cukai Berganda dan Insentif HRDF-SL1M.

Kumpulan Sasaran


  • Graduan menganggur yang datang dari keluarga berpendapatan rendah atau tinggal di kawasan pedalaman.
  • Graduan yang bekerja tetapi tidak setaraf dengan kelulusan ijazah yang diperolehi.

Peserta yang menyertai program ini akan menjalani Soft-Skills Training dan On-The-Job Training dengan pihak syarikat yang mengambil bahagian bagi meningkatkan keyakinan diri dan diberi pendedahan dengan suasana kerja yang sebenar. Jangka masa bagi latihan adalah bergantung kepada keperluan pihak syarikat yang melatih namun tempoh maksimum adalah selama 12 bulan.

***

Selepas melangkah masuk ke PWTC, seperti yang dijangkakan, dibahagian pendaftaran memang penuh sesak dengan pengunjung, yang mahu mencari kerja waima sebagai pengunjung. Ternyata krisis pengangguran di negara ini berada di tahap yang membimbangkan. Peserta (saya gunakan istilah peserta untuk pengunjung dan pencari kerja) dikehendaki mendaftar dahulu secara online permohonan SL1M di kauter pendaftaran. Apapun tidak perlu risau kerana, kemudahan laptop yang disediakan pihak penganjur boleh dikatakan mencukupi. Pendaftaran online hanya mengambil masa kira-kira 5 minit sebelum pihk petugas akan mengesahkan pendaftaran anda dan memberikan anda goodies bag, ID sticker dan borang cabutan bertuah. Selepas itu, barulah anda pergi ke ruang pameran utama yang terletak di aras 2 dan 3.

*Hadiah cabutan bertuah: IPHONE 7 kot!!

Pelbagai Kerjaya Impian

Ya, memang beribu-ribu jawatan pekerjaan yang ditawarkan, kesemuanya meliputi pelbagai bidang untuk pelbagai kelayakan, bermulalah dari SPM hingga anda mempunyai Masters, daripada pekerjaan menjadi pembuat pizza hinggalah ke jurutera petroleum kalau nak dibuat kiasannya. Justeru tidak perlulah saya ceritakan bertapa hebatnya suasana di dalam ruang dewan tersebut, seperti pasar dimana berpusu-pusu peserta dan saya juga tidak terkecuali untuk bersesak - sesak pergi dari satu booth ke satu booth yang lain. Secara teknikalnya, memang ramai dan padat!

Elaun SL1M

Proses ketika berada di booth sesebuah syarikat itu tidaklah sesusah mana, kebanyakan syarikat hanya menyediakan resume box dimana anda boleh terus meletakkan resume anda ke syarikat tersebut dan ada sesetengah syarikat yang menyediakan ruang temuduga terbuka. (saya juga agak terlambat untuk perasan bahawa proses temuduga terbuka  ini hanya terjadi jika anda sendiri yang pergi minta untuk ditemuduga). Kebanyakan booth juga menyediakan beberapa petugas yang akan melayan sebarang pertanyaan anda. Jadi jangan segan untuk bertanya tentang apa-apa sahaja berkaitan syarikat yang anda ingin mohon dan juga program SL1M yang ditwarkan.
Secara amnya, kebanayakan syarikat yang menwarkan program SL1M ini menwarkan ganjaran dalam bentuk elaun bulanan kepada para peserta, setakat ini jumlah elaun yang paling rendah yang saya sedia maklum adalah RM1500.00/bulan, berbaloi juga kan? apapun bergantung juga kepada syarikat lain samada ada elaun lain yang disediakan serta kemudahan bagi peserta termasuk asrama dll.

***

Ingat lagi apa yang saya katakan mengenai peluang kerjaya sebagai pembuat pizza? Ya, untuk pekerjaan seperti itu, tawaran pekerjaan tersebut adalah sebagai pekerja tetap dan terdapat banyak juga restoran rangkaian makanan segera yang menawarkan pekerjaan tetap di restoran mereka termasuk menawarkan pekerjaan sebagai pengurus restoran dengan tangga gaji yang saya boleh cakap, WOW! sebab itulah SL1M ini sesuai untuk semua peringkt kelayakan, tak semestinya untuk graduan universiti sahaja.

Saya menghabiskan masa selama hampir 3 jam sebelum mengambil keputusan untuk meninggalkan dewan tersebut, dan semestinya saya telah menabur resume di syarikat yang berkaitan. (Sedikit galakan yang saya boleh beri adalah jangan takut jika anda tiada apa-apa kelayakan akademik, berkat usaha pasti anda akan berjaya menemui kerjaya anda di SL1M). Apapun itu sedikit sebanyak perkara yang saya boleh kongsi kepada anda semua dalam entry kali ini.

***
Psst.... Lazada ada buat SALE sekarang untuk pelbagai jenis produk, boleh tekan link di tepi (desktop) bawah (mobile).

P/S: Program SL1M akan menjelajah ke seluruh negara, pastikan anda kenalpasti tarikh dan lokasi mereka. Info boleh layari facebook: Skim Latihan 1 Malaysia. Lokasi seterusnya adalah di Universiti Malaysia Pahang, Gambang, pada 29 & 30 Mac ini!

Stay tuned for my next entry soon!
(Any comments or inquiries? drop it below!)
Previous Post Next Post

Contact Form