Kacang Pool Haji |
Port Makan di Johor Bahru?
Entry kali ini mengisarkan kepada pengalaman saya ketika berkunjung ke Johor Bahru (JB). Semestinya selain daripada populariti kelab bolasepak mereka iaitu JDT, serta beberapa tempat bersejarah yang harus dilawati mahupun menikmati pandangan indah Singapura, JB juga tidak ketinggalan dengan beberapa tempat makanan yang wajib cuba jika anda semua kesana.
***
Kebanyakan tempat makanan disini adalah berdasarkan perspektif penulis dan lebih kepada food travel guide kepada sesiapa yang melawat kesini. Berikut adalah 5 tempat makan yang wajib cuba jika ke JB.!
1.Pisang Goreng Mawar
Dengar nama pisang goreng semestinya ramai berpendapat bahawa ini adalah sesuatu yang biasa dan sangat mudah didapati di sekitar lembah klang. Terdapat satu speciality serta uniqueness kedai ini iaitu pisang goreng tersebut disertakan sekali dengan sambal kicap yang dibuat khas. Pisang goreng dicicah dengan sambal yang pedas- pedas, memang terbaik!Lokasi: Dataran Bandaraya, Johor Bahru
2. Kacang Pool Haji
Memang terkenal dalam kalangan johorean mengenai kacang pool ini. Banyak review yang telah dibuat dan memang diakui bagi pelawat yang datang luar dari Johor, memang wajib untuk cuba. Kacang pool ini dimakan dengan roti tebal menghasilkan rasa yang sangat unik. Saya juga sukar nak tafsir macamana rasanya, mungkin ada rasa kari sikit, atau macam kuah kurma, lebih kurang lah, yang pasti memang sedap! (Jangan risau kalau tak dapat pergi cawangan utama, mereka juga ada cawangan lain di sekitar Larkin)Lokasi: Jalan Sabar, Taman Dato Onn, 80350 Johor Bahru, Johor, Malaysia
3. Sup Tulang ZZ
Bagi penggemar sup serta mee rebus, pasti tidak ketinggalan untuk memperkenalkan restoran sup tulang zz kepada anda. Istimewa di sini adalah mee sup tulang serta gear box, memang puas dan berbaloi dengan harga yang dibayar (RM8.50) serta mee rebus tulang juga sangat lah berbaloi-baloi!Lokasi: Jalan Petri 5/1, Kampung Bahru, 80100 Johor Bahru (berdekatan Regency Condo dan Bangunan JKR)
4. Kilang Bateri
Kilang Bateri |
Lokasi: 83, Jalan Tampoi, Bandar Baru Uda, 81200 Johor Bahru, Johor, Malaysia
5.Bubur Sentosa
Tak sah kalau saya tak cakap menegenai tempat ini. Amat popular dalam kalangan penduduk tempatan, lokasi nak cari kedai pun senang. Sesuai kalau nak makan waktu petang atau malam atau musim-musim hujan. Dekat sana anda boleh pilih set yang menawarkan menu tertentu. Terbaik! (Mungkin anda terkeliru dengan banyaknya restoran yang menjual bubur di sepanjang jalan tersebut, apa yang boleh saya berikan tips adalah cari perkataan "Bubur No.1")Lokasi: Jalan Sutera, Plaza Sentosa, Johor Bahru
Sedikit penulisan ringkas yang saya dapat kongsikan kepada anda mengenai lawatan saya ke JB,untuk entry kali ini mungkin makanan menjadi tajuk utama dan untuk entry seterusnya mungkin juga saya akan cerita mengenai JB itu sendiri (bergantung :-)
Stay tuned for my next entry !
P/S Anda ada cadangan atau soalan? drop your commens below!
Tags:
lifestyle