5 Sebab Kenapa Perkahwinan Jep Sepahtu dan Sari Yanti Menggemparkan Kita

Jep & Sari Yanti (foto:google)
Jep & Sari Yanti (foto:google)

Jep Sepahtu Berkahwin Dengan Sari Yanti


Artikel ini adalah hasil pandangan peribadi penulis Sebarang pencanggahan informasi adalah tidak disengajakan.

***

Dunia hiburan Malaysia dikejutkan dengan perkahwinan pelawak, Jep Sepahtu dengan aktres jelita Sari Yanti hari ini, 25 Februari 2017. Rata-rata netizen memang terkejut juga dengan berita tersebut, yalah, tiba-tiba sahaja majlis pernikahan tersebut dijalankan. Dengar cerita, pihak pengantin juga dapat menyembunyikan berita ini daripada tular ke pihak media. Hebat !!!

***

Kebiasaanya, masyarakat pasti akan memandang pelik, dan berasa kurang senang mengenai artis kegemaran mereka yang secara tiba- tiba berkahwin tetapi lain pula cerita Jep dan sari yanti ini. Kebanyakan netizan menzahirkan ucapan tahniah dan berasa amat senang mengenai peristiwa bersejarah ini.

Ok, tidak perlu saya perkatakan bagaimana suasana majlis tersebut sebaliknya apa yang lebih saya berminat untuk kongsikan kepada anda semua adalah kenapa netizen memuji perkahwinan mengejut mereka ini. Disini saya kongsikan 5 sebab perkahwinan jep dan sari yanti menggemparkan rakyat Malaysia.

1. Pickupline Jep

Ya, memang betul, selalunya pickupline yang dilontarkan Jep tidak kiralah di dalam rancangan sepahtu reunion atau meja bulat ditujukan untuk semua gadis-gadis dan tidak spesifik kepada sari yanti. Jadi netizen seperti sudah biasa dengan situasi ini, dan mungkin kita juga akan menganggap apa yang diperkatakan Jep hanyalah sekadar jenaka atau mungkin ada juga yang tidak percaya dengan berita ini.

2. Kurang Gosip

Tidak seperti sesetengah artis yang sibuk kejar populariti. Memang kurang gosip yang mengaitkan mereka ini, tak lah sampai masuk Melodi atau Meletop. Rata- rata kita hanya tahu bahawa mereka dikatakan sedang bercinta tetapi hanya sekejap sahaja berita itu dan kemudian habis, tiba-tiba dah berkahwin. Alhamdulillah.

3. Merendah Diri

Amat menjadi kesukaan saya apabila seseorang artis sangat merendah diri dan tidak terlalu menceritakan kisah hidup mereka di media. Sikap Jep dilihat sangat merendah diri dan kerap 'lari' daripada topik perkahwinan apabila soalan diajukan kepada beliau.

4. Jep Masih Single

Kalau dilihat dari lineup kumpulan sepahtu, memang tak dinafikan 2 lagi rakan mereka shuib dan rahim telahpun mendirikan rumahtangga dan ketika ini netizen hanya ternanti-nanti berita gembira dari jep pula, dan alhamdulillah, kita dapat meihatnya pada hari ini.

5. Fenomena #Lofattah

Ermm, saya merasakan ini mungkin point yang kena tempiasnya sikit.Ok, sebelum ini heboh dengan #Lofattah (merujuk hubungan Neelofa & Fattah Amin) yang mengaharapkan mereka berkahwin tetapi sedah berbulan-bulan lamanya kedua-dua pasangan masih membisu tentang status mereka walaupun cerita #Lofattah ini sangat trending dan semuanya mengharapkan yang terbaik. Tetapi secara tiba-tiba, Jep dan Sari Yanti pula yang muncul dengan berita gembira ini dan sikap tertutup  mereka membuatkan mereka mendapat pujian dari netizen yang mengatakan bahawa lebih baik berdiam dan nampak hasil daripada viral sana sini tetapi tiada hasil. (saya cuba menggunakan bahasa yang agak sopan).

Apapun itu adalah sedikit sebanyak pandangan peribai saya di dalam entry kali ini, Jika anda ada persepsi anda sendiri, sila komen dan share artikel ini.

P/S: HFDL mengucapkan tahniah kepada pasangan Jep dan Sari Yanti di atas perkahwinan ini. Semoga berbahagia hingga ke Jannah, Amin.
Previous Post Next Post

Contact Form