Kegagalan Yayasan JDT, FAM dan Jurulatih, 5 Perkara Menarik Hasil Sesi Santai TMJ dan Penyokong JDT

TMJ di Sesi Santai Bersama Penyokong
TMJ di Sesi Santai Bersama Penyokong


Pada 8 Mei 2017 yang lalu, satu sesi pebincangan santai telah diadakan oleh pemilik kelab bolasepak JDT, Tunku Mahkota Johor (TMJ) bersama para penyokong JDT yang bertempat di JDT Cafe bagi membincangkan serta memberi ruang kepada para penyokong mengutarakan sebarang persoalan terhadap kelab JDT, FAM atau apa- apa sahaja. Pelbagai isu dibahaskan berkenaan JDT dan  FAM yang dijawab secara spontan oleh  TMJ serta barisan pengurusan dan pemain. Di sini kami senaraikan 5 perkara yang menarik perhatian kami hasil daripada perjumpaan tersebut.

1. Kegagalan Yayasan JDT

Umum mengetahui, penubuhan Yayasan JDT adalah sebagai salah satu cara untk peminat menyumbang untuk kelab mereka, namun selepas beberapa bulan, yayasan ini dikatakan gagal memberikan impak. Hal ini dijelaskan sendiri oleh TMJ bahawa yayasan ini ditadbir oleh orang yang tidak sepatutya, mempunyai kepentingan politik dan gagal menjalankan tanggungjawab sebagai pemegang amanah dengan baik. Oleh itu, TMJ bertitah bahawa beliau akan mengadakan mesyuaratbagi membincangkan hal ini.


2. Amirulhadi, Pemain Kesayangan Mora?

Salah seorang peminat mempersoalkan kekerapan Amirulhadi Zainal (Midfield)) diturukan dalam setiap perlawana  meskipun prestasinya tidak begitu baik. Soalan ini dijawab oleh Benjamin Mora (jurulatih) yang mengatakan pemilihan Amirulhadi adalah kerana JDT kekurangan pemain yang mampu mengisi posisi tersebut selepas ketiadaan Harris Harun dan juga kecederaan Gary Stevan Robat. Amirulhadi mempunyai ketinggian yang mampu mengatasi situasi bola tinggi dan mampu bermain sebagai pertahanan dengan baik.

3. Jurulatih Baru Skuad Kebangsaan

Soalan ini bagaimanapun masih dirahsiakan oleh TMJ. Beliau hanya mengatakan beliau kini sedang berunding dengan salah seorang jurulatih dari Portugal dan baginda akan memaklumkannya secara rasmi tidak lama lagi. Mungkinkah individu tersebut ialah Paolo Bento? bekas jurulatih Portugal?

4. Falsafah Bolasepak JDT

Sekali lagi Mora memberikan penjelasan, berkaitan gaya permainan JDT yang agak bosan jika dibandingkan dengan corak perainan yang diterapkan jurulatih terdahulu, Mario Gomez. Beliau mengatakan bahawa skuad sedia ada ini kekurangan skill individu dan kualiti yang diperlukan untuk mengaplikasikan formasi baru ini. Bagaimanapun beliau memberi jaminan, bahawa corak permainan seperti ini mampu membuahkan sesuatu.

5. Tiket Pasukan Pelawat Yang Sangat Sedikit

Soalan ini diajukan bagi mendapatkan penjelasan berkaitan isu edaran tiket kepada pasukan pelawat. Isu ini diambil perhatian oleh Pengarah Sukan JDT, Alistair Edwards dan akan berbincang mengenai penambahan tiket pelawat bagi setiap perlawanan di Larkin.

Satu sesi yang sangat bagus yang dianjurkan oleh pihak pengurusan JDT bagi memberi ruang kepada penyokong untuk menyuarakan apa yang mereka rasa kurang senang terhadap kelab mereka. Bagi kami sesi seperti ini perlu diadakan oleh setiap pasukan kerana penyokong mereka juga mempunyai hak untuk bersuara selain menjadi pedekatan baharu untuk pihak pengurusan lebih mendengan pendapat penyokong. Syabas bagi JDT!
Previous Post Next Post

Contact Form