Pemuda Ini Kongsi Cara Travel ke Bangkok Dengan Hanya RM1500

RM1500 je Pergi Bangkok!

Korang dah explore satu Malaysia and terasa gatal sangat untuk pergi luar negara? maka aku akan suggest korang untuk bermula travel ke Bangkok, Thailand dengan RM1500 je All-In! Aku akan kongsi kebaikan sebab apa aku suggest Bangkok sebagai destinasi travel korang yang mempunyai budget rendah, antaranya:

  • Kos penerbangan yang berpatutan
  • Tukaran mata wang yang tinggi (MYR lebih tinggi daripada THB)
  • Makanan halal yang agak mudah diperoleh
  • Variasi barangan 'handmade' Thailand dengan harga borong
  • Banyak tempat 'historical' yang boleh korang lawat

Kos Penerbangan

Semestinya kapal terbang akan menjadi medium utama korang untuk pergi sana kan, so dekat sini korang hanya perlukan RM350+ untuk perjalanan sehala (harga bergantung pada keadaan semasa). Cari airlines yang korang rasa best, kalau nak murah, of course Air Asia, kalau korang ada duit lebih, boleh try Malaysia Airlines atau Thai Airways.

*Selalu-selaulah update dengan harga flight ni sebab setiap hari harga dia berbeza,p/s: kalau nak dapat harga best, cuba search pada setiap hari Jumaat, jam 6.00 ptg- 7.00 ptg, InsyaaAllah, harga dia agak murah :-)

**Ada satu lagi option untuk search flight ticket iaitu Skyscanner. Boleh cuba kalau korang nak buat comparison harga

Tukaran Mata Wang (MYR->THB)

Kejatuhan nilai ringgit beberapa bulan sebelum ni mungkin boleh jadi satu masalah besar buat korang, Kalau waktu aku pergi dulu (Mei 2015), nilai masih lagi stabil, so buat conversion pun agak menguntungkan la jugak. MYR (Malaysia Ringgit) dan THB (Thai Baht) tak jauh beza pun. MYR10=THB110 dulu, tapi sekarang MYR10=THB84. Persoalannya, berapa korang nak tukar duit korang tu? Bagi yang banyak duit, suka hati korang la berapa ribu MYR korang nak tukar, tapi kalau sesiapa yang nak mempunyai budget yang agak terhad  tu, korang hanya perlu lebih kurang RM600 (makan+hostel+souvenirs) je dan korang mampu bertahan selama seminggu di Thailand! Murah kan? dengan syarat korang perlu kurangkan kos untuk penginapan. Bagi sesiapa/ family yang suka backpackers, bersepah backpackers hostel kat Bangkok yang korang boleh cari melalui internet, lagipun korang pergi melancong bukannya nak duduk hotel sangat pun.

Makanan Halal

Ya, jangan risau, banyak pak arab yang meniaga disitu, dan ada juga gerai atau stall yang menawarkan makanan yang halal, senang cerita, tak susah nak cari, tapi kalau pergi pasar diorang tu macam chaktchak, kena la hat-hat sikit. Purata harga makanan untuk lunch lebih kurang dlm RM4 la kalau kat Malaysia ni, dapat la nasi ke kebab ke.

Barangan Handmade Yang Murah

Wajib untuk korang pergi MBK dekat Bangkok, sebab korang boleh dapat harga yang terbaik untuk setiap barangan authentic diorang. Jangan risau, orang thai kebanyakan mesra-mesra belaka. Korang boleh tawar harga sampai jadi. So, far, aku habiskan RM100 je untuk borong macam-macam barang, beg, tikar, banayak lagi lah.

Tempat Historical Yang Wajib Pergi

Rugilah, kalau melancong negeri orang tak pergi tempat bersejarah. Banyak kuil-kuil lama dengan senibina yang menari yang korang boleh lawat. Tiket masuk pun 100Baht jer. Kalau nak pergi pasar air tu pun boleh, tapi kena jauh sikit naik bot, dan macam-macam lagi tempat, korang google je.

So, aku hanya habiskan RM1500 (tepat-tepat) untuk travel ke Bangkok dalam masa seminggu. Siap ada lebih lagi 1000 Baht untuk aku bawak balik Malaysia dan kenang-kenangan. Apapun, aku harap tips ni berguna untuk sesiapa yang suka budget travel ni.

-- Artikel ini adalah pendapat peribadi penulis dan disiarkan untuk HAFDLPRESS --
-- Hantar artikel atau cerita anda kepada HAFDLPRESS dengan mesej kami di Facebook--

Previous Post Next Post

Contact Form