Dr.Maszlee Malik, Menteri Pendidikan Malaysia |
Berita mengejutkan diawal tahun 2020 ni, Menteri Pendidikan Malaysia, Dr. Maslee Malik yang telah meletakkan jawatannya secara rasmi, ramai yang beranggapan bahawa beliau sebenarnya di tekan oleh sesetengah pihak, yelah mana tidakknya, isu tulisan jawi 3 mukasarat pun netizen dah bahan kaw-kaw punya, tak termasuk lagi dengan Dong Zhong apa semua tu yang kata tulisan jawi ni boleh megandungi agenda islamisasi. Aduhai, aku pun pening lah dengan diorang ni pun.
Tapi tulah, baru-baru ni aku ternampak satu tweet dari @adrianlimcheeen yang mengatakan sebenarnya akhbar arus perdana ni yang mainkan peranan dalam membentuk pemikiran negatif masyarakat dekat Dr. Maszlee ni. Ok korang pun tahu kan yang antara agenda popular yang dibawa Dr. Maszlee ni adalah mewajibkan pemakaian kasut hitam oleh budak sekolah kan, so sebenarnya ini adalah isu kecil sahaja yang dibawa beliau walaupun sebenarnya banyak lagi isu besar yang diangkat tapi tak mendapat perhatian masyarakat dan pengamal media. Sebab apa? Entahlah, so kat sini aku tunjuk antara tweet oleh lelaki ini yang bagi aku sangat savage!
Sesetengah portal & media ni menyampah betul.— Adrian Lim Chee En (@adrianlimcheeen) July 22, 2018
Dr Maszlee berbicara hampir 2 jam mengenai reformasi pendidikan. Macam2 diutarakan & dikongsikan.
-Sains & teknologi
-Inklusiviti
-Sekolah kebangsaan
-PTPTN
-DBP
-IPT
-Bahasa
Tapi yg digoreng: "Kasut hitam"
Dan ini menunjukkan yang akhbar arus perdana pun sebnarnya meracuni pemikiran masyarakat.
Bandingkan coverage Sinar & media mandarin.— Adrian Lim Chee En (@adrianlimcheeen) July 22, 2018
Sinar cover sebanyak yg mungkin.
Akhbar mandarin pula, letak muka surat depan sebesar mungkin: Kasut hitam, kasut hitam & kasut hitam. pic.twitter.com/HApawBxxwf
So apa pendapat korang dalam isu ni?
Tags:
info