Apa azam korang untuk tahun 2020? |
Ok lah, cerita pasal tahun baru ni, mesti ramai yang akan cakap pasal azam kan, hmm kalau dah azam tahun lepas pun tak tercapai, macamana dengan azam tahun ni kan? tak salah untuk korang nak tanam azam tu supaya ada la sikit matlamat yang korang nak dapatkan tahun ni, so, hidup korang kiranya lebih berhala tuju la gitu..ahahaha. Tapi, ada juga orang yang masih lagi blur or tak tau nak tetapkan apa matlamat dia, apa hala tuju dia untuk tahun ni, so aku kat sini akan senaraikan seberapa banyak jenis azam yang korang boleh set kan dalam diri korang bersempana dengan tahun baru ni ok. So korang boleh refer beberapa azam yang mungkin korang rasa ada kaitan dengan diri korang dan boleh membantu korang k...orait, here we go!
Senarai Azam Tahun Baru Yang Korang Boleh Cuba
- Nak turunkan berat badan
- Nak pergi gimnasium untuk sihat tubuh badan
- Makan secara sihat
- Kurangkan Pengambilan gula / makanan yang tidak sihat
- Berhenti merokok / vape
- Dapatkan kerja tetap
- Naik pangkat / gaji / bonus
- Beli kenderaan sendiri
- Beli hartanah sendiri / tidak lagi menyewa
- Cari girlfriend
- Bina rumahtangga
- Kumpul duit untuk majlis perkahwinan / hantaran dll
- Kurangkan membawang
- Kurangkan masa di media sosial
- Jana pendapatan tambahan
- Dapat lesen kenderaan
- Beri sumbangan setiap minggu (sedekah / derma)
- Pergi kelas setiap hari
- Dapatkan 3.5 and above bagi setiap peperiksaan
- Tidak tidur semasa kelas
- Cemerlang di dalam UPSR / PT3 / SPM / STPM
- Tidak lagi bertindak ikut emosi
- Berfikir dengan matang
- Menjadi lebih rasional
- Tidak gagal untuk sebarang subjek untuk setiap semester
- Beli laptop baru
- Jaga solat
- Berusaha untuk solat berjemaah
- Membaca Al-Quran setiap hari
- Menghadiri kelas agama / ceramah / majlis ilmu
- Berbaik dengan rakan yang pernah bergaduh satu masa dulu
- Menceburi salah satu jenis sukan
- Menjadi sukarelawan / NGO
- Dapatkan lebih 1000 followers di media sosial
- Jadi dropship agent dengan target sales yang tinggi
So ini adalah sedikit sebanyak yang aku boleh kongsi dengan korang. Korang rasa ada lagi azam yang boleh dikongsikan? komen dibawah!
Tags:
blog