Sumbangan Mencecah RM100,000, Puteri Balqis Berhasrat Mahu Melabur Di FOREX

Puteri Balqis & Datuk Alif Shukri

Hai, hmm aku sebenarnya malas la nak ambil port sangat pasal kisah kisah kehidupan artis ni apa bagai la, tapi sejak dua menjak ni, ramai pulak yang cakap pasal Puteri Balqis, pelakon cilik popular ni yang dikatakan dalam kesempitan hidup, dengan tawaran berlakon yang semakin berkurang dan juga bebanan untuk menanggung kos rawatan penyakit misteri yang dialaminya. Selain tu, aku ada dengar jugak lah yang dia ni pun menjual buku di jalanan untuk menyara kehidupannya. Secara teknikalnya aku bersimpati juga dengan nasib beliau. yelah kalau dulu tengok tv memang kerap lah Puteri Balqis ni keluar TV kan, macam-macam drama dia berlakon.

Sumbangan Mencecah RM100,000


Selepas tular kisahnya yang sampai masuk program Bersamamu kalau tak silap, rezeki memihak kepada Puteri Balqis apabila sumbangan yang diterima dari orang ramai tidak putus sehingga ketika aku tulis blog ni, dianggarkan sumbangan awam untuk Puteri Balqis hampir mencecah RM100,000. Alhamdulillah, moga-moga sumbangan itu dapat digunakan keluarganya untuk menampung kos kehidupan dan rawatan terhadap pelakon cilik tu. Tetapi, aku perasan ada satu perkongsian di Twitter ni yang mengatakan Puteri Balqis mahu menggunakan sebahagian daripada sumbangan tersebt untuk dilaburkan ke dalam FOREX. Buat sesiapa yang tak tau pasal Forex ni alah dia macam kiranya main saham atas talian la, dan ini yang mengejutkan banyak pihak sebab ramai yang berpendapat sumbangan tersebut akan digunakan untuk menampung kehidupan seharian beliau. Yelah kalau nak main Forex ni ada risikonya walaupun kau kena melabur dengan jumlah yang banyak kan.
So sebagai netizen ni, kita bersangka baik dan sentiasalah mendoakan yang terbaik buat adik Puteri Balqis dan keluarga ya
Previous Post Next Post

Contact Form