[VIDEO] Syed Saddiq Diserang Sekumpulan 'Gangster' Ketika Rapat Umum ARMADA. Terpaksa Panjat Pagar Dan Guna Laluan Belakang!

Terpaksa melarikan diri mengikut laluan tikus


Baru-baru ni Menteri Belia & Sukan, Syed Saddiq membuat satu hantaran di Instagram berhubung kejadian dikepung sekumpulan gangster ketika rapat umum ARMADA di Ulu Tiram, Johor. Kalau nak ikutkan rapat umum mestilah macam satu program santai antara pemimpin dan ahli parti tapi lain pulak jadinya apabila dikatakan beliau telah dikepun hampir 200 orang yang acah gangster menyuruh Syed Saddiq agar meminta maaf kepada TMJ. Aku pun tak berapa pasti sama ada terdapat kemelut antara Menteri ini dengan Pemangku Sultan Johor tersebut tetapi yang pastinya adanya puak yang obses atau sengaja mahu melaga-laga mereka. Dan berdasarkan informasi juga, bagi mengelakkan situasi menjadi lebih tegang, Syed Saddiq terpaksa menggunakan laluan tikus hingga terpaksa memanjat pagar.

Posting Syed Saddiq di IG





Malam ini, saya dan Armada Johor berkumpul di Ulu Tiram, Johor. Kami rancang untuk duduk semeja, sembang santai dan bersatu hati. Keluarga Srikandi dan Bahagian juga ada yang turut hadir. Ini rancangan asalnya lah. Tapi,malam ini diganggu oleh sekumpulan individu (sekitar 200 lebih orang) yang datang tidak dijemput. Mereka semua berdiri keliling berpakaian hitam datang ke majlis kami. Gangster dan tidak hormat orang. Mereka semua berdiri mengepung tempat makan kami, sergah dan langgar semua tetamu yang hadir. Mereka laung dan pekik macam-macam kata-kata kesat. Ibu bapa saya juga jadi saksi malam ini. Ini apa? Ada anak-anak kecil, wanita di dalam majlis. Paling teruk, mereka sergah supaya menteri minta maaf kepada TMJ, kalau mahu pulang dari majlis. Apa yang berlaku, saya pun tak tahu. Yang saya tahu, ini biadap dan kurang ajar. Apa salah saya? Saya berkhidmat untuk rakyat. Lebih teruk, keselamatan semua yang hadir. Bayangkan dikepung lebih 200 orang individu lagak seperti gangster. Saya sendiri, YB Rafiq, YB Mazlan dan lain terpaksa lari guna jalan tikus dan lompat pagar. Lari seperti orang salah. Terima kasih Armada Johor. Terima kasih Bersatu Johor. Malam ini adalah malam keluarga Armada dan Bersatu. Saya tak akan maafkan kumpulan yang biadap ini. Saya ingin ingatkan kepada mereka yang di sebalik tabir, Malaysia ini ada undang-undang, ada polis dan mahkamah. Tidak ada sesiapa yang lebih tinggi dari perlembagaan. Baik saya atau orang lain. No one is above the rule of law. Ini Malaysia. Malaysia, milik semua.
A post shared by Syed Saddiq (@syedsaddiq) on

Laungan 'PENIPU' Dilontarkan Kepada Syed Saddiq






*UPDATE*
Setakat artikel ni ditulis, polis telah menahan 3 suspek yang dipercayai menimbulkan kekecohan di program tersebut
Previous Post Next Post

Contact Form