Kena Cuba! Resepi Fruits Cocktail Tersedap Yang Sangat Refreshing


Hai korang, kali ni aku ingat nak share resepi ringkas untuk korang semua, terimalah Fruit Cocktail yang tersedap di nusantara. Bila korang dah cuba confirm rasa dia sampai ke langit kalau guna resipi ni. Jom mulakan!

Bahan-Bahan

- 2 tin susu cair
- 1 tin laici / longan
- 1 tin buah untuk koktail
- Nata de coco
- Sumi Jelly
- Sedikit bahan perasa (gula dan garam) (pilihan)
- Atau apa-apa buah-buahan yang bersesuaian

Cara Membuat



1) Campurkan susu cair, air longan, air buah koktel, air nata de coco (air sahaja, buah dituang kedalam bekas lain)

2) Masukkan sedikit gula (untuk tambah manis, jika suka) dan secubit kecil garam.

3) Kacau campuran tadi sehingga gula dan garam hancur atau boleh juga panaskan / masak di atas dapur untuk seketika (keluar wap dan boleh padam api).

4) Jika dimasak, sejukkan dahulu barulah boleh masukkan isi buah yang diketepikan tadi bersama sumi jelly.

5)Letakkan ais, sedia untuk dihidangkan.

kredit:sagitaurus.com


Dah siappp....fruit cocktail ni memang sesuai kalau dihidangkan waktu berbuka ke sebab meang terasa refreshing sungguh..apapun selamat mencuba!
Previous Post Next Post

Contact Form