5 Portal Pekerjaan Terbaik Yang Menjamin Pekerjaan Anda Pada Tahun 2023

Tidak Semua Portal Pekerjaan Sesuai Dengan Pekerjaan Anda

Berdasarkan data yang dikeluarkan Unit Perancang Ekonomi, JPM, mengenai peratusan kadar pengangguran di Malaysia, secara terang dilihat pada tahun 2022 masih tinggi. Hal ini semakin merisaukan apabila pandemik Covid-19 yang melanda negara dahulu membuatkan lebih ramai hilang punca pendapatan disebalik lambakan 'fresh graduates' yang juga turut bersaing mendapatkan tempat mereka di hati majikan.

BUAT RESUME CARA PRO DISINI 👉https://invl.io/clfhixb

Artikel ini akan berkongsi 5 portal pekerjaan mengikut 'ranking' untuk anda mulakan pencarian kerja idaman anda pada tahun 2023 seperti di bawah:

Portal Pekerjaan #1: LinkedIn

LinkedIn umpama 'Facebook' untuk alam pekerjaan. Kami galakkan agar anda mula membina profil anda sekarang walaupun anda masih lagi bergelar pelajar. Lengkapkan profil anda dengan meletakkan kemahiran dan bidang yang dipelajari. Kemudian cuba untuk 'follow' seberapa ramai individu dengan 'title' HR / HR Acquisition / Talent Acquisition / People Development / Recruiter dan sebagainya. Hal ini adalah kerana mereka ini sangat aktif untuk memaparkan jawatan kosong di 'wall' beserta emel mereka dan anda boleh terus hantarkan 'resume' anda.

Website: https://www.linkedin.com/

Akses LinkedIn Premium: https://invl.io/clfhj24

Portal Pekerjaan #2: Maukerja

Kami letakkan portal ini di tempat kedua kerana melalui portal ini terdapat lebih banyak syarikat yang berskala kecil memaparkan jawatan kosong kerana harga iklan yang lebih murah. Untuk 'fresh graduates' anda sangat disarankan untuk mencuba portal ini. Potensi untuk anda dilihat oleh syarikat kecil ini sebenarnya lebih tinggi kerana persaingan yang agak kurang berbanding portal pekerjaan popular.

Website: https://www.maukerja.my/

Portal Pekerjaan #3: Jobstreet

Jobstreet di tangga ketiga kerana persaingan calon yang sangat tinggi ada di portal ini. Jobstreet sememangnya popular dalam kalangan syarikat gergasi di dalam negara kita seperti Petronas / Maybank  dan Jcorp. Kadangkala kami merasakan agak mustsahil untuk anda mendapatkan panggilan temuduga kerana apa yang kami lihat permohonan untuk sesuatu jawatan boleh mencecah hingga ribuan pemohon. Tetapi tidak salah untuk mencuba dan disarankan juga agar anda memohon lebih dari 10 iklan pekerjaan yang ditawarkan.

Jobstreet juga mempunyai profil yang anda boleh bina dengan perincian yang banyak. Pastikan anda mengisi semua bahagian agar lebih mudah pihak majikan melihat profil anda

Website: https://www.jobstreet.com.my/

Lihat Grammar Resume Anda: https://invl.io/clfhj3e 

Portal Perkejaan #4: Indeed

Indeed sama seperti Jobstreet tetapi dengan versi yang kurang popular. Di Indeed anda juga boleh mencari pekerjaan di luar negara. Kebanyakan syarikat yang memamparkan iklan ini juga terdiri daripada 'Medium-Scale' ke-atas.

Website: https://malaysia.indeed.com/?from=gnav-homepage

Portal Pekerjaan #5: My Future Jobs

Pada kami ini adalah portal perkerjaan baru yang masih 'underrated' dengan populariti yang tidak begitu besar. Untuk portal ini, kami dapat lihat lebih banyak syarikat kecil hingga medium-scale yanmg memaparkan iklan jawatan kosong. Kami sarankan juga untuk anda mencuba kerana respons atau feedback yang diterima sememangnya lebih pantas berbanding beberapa portal pekerjaan lain.

Website: https://myfuturejobs.gov.my/

Portal ini bagi kami masih belum kemas dan kadangkala direktorinya agak mengelirukan bagi pengguna baru untuk memohon kerja

Previous Post Next Post

Contact Form