Betulkah Makanan Pedas Membahayakan Kesihatan?

Rakyat Malaysia Memang Menggemari Makanan Pedas

Mungkin 'trend' masa kini dimana lambakan produk makanan pedas atau 'spicy food' berada di pasaran. Semakin ramai juga yang gemar mencuba dan membuat 'challenge' untuk dikongsi di media sosial seperti TikTok atau Instagram. Jika diimbas kembali beberapa tahun dahulu, kita semua digemparkan dengan produk makanan pedas Mamee Ghost Pepper, mi segera yang mempunyai tahap kepedasan yang sangat tinggi, sebelumnya, 'viral' dengan sebuah produk daripada Korea iaitu Samyang membuatkan bibir anda menjadi kembang kemerahan selepas menikmatinya. 'Maggi Pedas Giler' dan beberapa lagi produk makanan lain. Betulkah makanan pedas ini sebenarnya membahayakan kesihatan kita? Adakah mempunyai fakta saintifik yang jelas atau pun sekadar mitos?

Fakta: Makanan Pedas Sebenarnya Sihat

Fakta mengatakan seseorang yang lebih gemar memakan makanan pedas sebenarnya dapat mengurangkan risiko kematian. 'Capsaicinods' adalah kompaun yang menghasilkan rasa pedas dan beberapa eksperimen juga telah dibuat dan menunjukkan kebaikan. Berdsarkan kajian BMJ pada tahun 2015 :

“Berbanding dengan mereka yang makan makanan pedas kurang dari sekali seminggu, mereka yang makan makanan pedas 6 atau 7 hari seminggu menunjukkan penurunan risiko relatif 14 peratus dalam jumlah kematian. Hubungan antara penggunaan makanan pedas dan jumlah kematian” lebih kuat pada mereka yang tidak mengambil alkohol daripada mereka yang minum.”

Makanan Pedas Membantu Penurunan Berat Badan. Bagaimana?

Kajian menunjukkan bahawa seseorang yang mengambil makanan pedas berpotensi menyebabkan mereka mempunyai selera makan yang kurang disamping turut memberikan peningkatan tenaga. Jika kurangnya selera makan maka secara logiknya berat badan seseorang itu mungkin menurun.

Cara Menghilangkan Pedas Dengan Cepat 👉 https://invl.io/clfmevq 

Mengapa Sakit Perut Selepas Makan Makanan Pedas?

Walaupun makanan pedas tidak ditakrifkan sebagai makanan berbahaya, tetapi selalu kita lihat sejurus selepas seseorang makan makanan pedas, kebarangkalian untuk mengalami gejala sakit perut sangat tinggi. Terdapat kajian yang menerangkan bagaimana ianya boleh berlaku:

"Pengambilan makanan pedas yang kerap boleh mencetuskan gejala gastrointestinal pada sesetengah orang yang mengalami dispepsia (atau, gangguan pencernaan)."

 Kesimpulannya, meskipun telah terbukti melalui beberapa kajian yang dilakukan para saintis mengatakan adanya kebaikan makanan pedas untuk sesetengah individu, namun, masih juga terdapat pandangan mengatakan makanan pedas ini boleh memberi kesan sampingan yang agak teruk jika pengambilannya dilakukan dengan agak keterlaluan. Oleh itu, demi kesihatan yang baik, kita hendaklah sentiasa mengamalkan pemakanan yang sihat dan lebih seimbang. 

 

Previous Post Next Post

Contact Form