5 Website Paling Berguna Untuk Pelajar Tahun 2023

Sebagai Pelajar Sememangnya Website Percuma Menjadi Pilihan

Sebagai pelajar, kita seringkali sibuk dan dibebani dengan pelbagai tugasan yang memerlukan sumber dan rujukan internet. Cabaran paling besar adalah apabila kebanyakan sumber atau servis yang disediakan di internet adalah berbayar dan bukan percuma. Hal ini, akan memberi kekangan kepada mereka yang bergelar pelajar terutamanya dari segi kewangan untuk membayar servis tersebut.

GAJET TERBAIK STUDENT 2023 👉https://invl.io/clfiwfh

Disini, kami sediakan 5 'website' yang berguna untuk anda sebagai pelajar dan lebih penting ia adalah percuma!

#1 Cari Gambar 'High-Resolution' di Unsplash

Untuk tugasan seperti 'presentation', kita memerlukan banyak gambar-gambar yang berkualiti untuk dimasukkan ke dalam 'slides' bagi menjadikan ia lebih menarik. Kebanyakan gambar yang disediakan di Google tidak boleh dimuat turun dengan sewenang-wenangnya disebabkan 'copyright'. Jadi, muncul laman Unsplash yang memberi anda akses percuma untuk lebih 1 juta gambar yang berkualiti tinggi dimana anda bebas menggunakannya untuk apa-apa tujuan.

https://unsplash.com/

#2 Semak 'Grammar' Dengan 'Grammarly'

Tidak  perlu diperkenalkan lagi tetapi mungkin ramai juga tidak sedar akan kewujudan laman Grammarly yang membolehkan anda untuk semak 'grammar' anda dengan baik sebelum dihantar ke pensyarah anda. Sangat berguna jika anda sering menulis teks atau laporan di dalam bahasa inggeris.

https://www.grammarly.com/

#3 Buat 'Part-Time' Dengan Fiverr

Sebagai pelajar, masalah utama adalah kekangan kewangan. Kebanyakan mereka akan memilih untuk bekerja secara 'part-time' untuk mendapatkan pendapatan sampingan tetapi kami tahu yang ia sangat meletihkan. Bagaimana kalau kami cadangkan anda buat 'part-time' untuk sesuatu yang anda minat dan hanya perlu duduk di dalam bilik hostel anda sahaja? Fiverr adalah pilihan anda! Bina profil dan kemahiran anda di Fiverr dan terima tempahan daripada berjuta majikan di seluruh dunia. Menarik bukan?

https://www.fiverr.com/?source=top_nav

#4 'Merge & Split' PDF atau tukar Word ke PDF Dengan Tanpa Adobe Reader

Jika sebelum ini anda kerap menggunakan perisian Adobe Reader untuk melihat PDF tetapi kesal kerana banyak 'features' yang dikunci jika anda didalam 'free version'. Dengan ILovePDF segala 'tools' untuk PDF dapat dibuat dengan percuma. Anda boleh Merge & Split PDF, tukarkan Word file ke PDF, Jadikan JPEG ke PDF atau anda mahu rotate PDF file anda juga boleh serta banyak lagi fungsi menarik yang ada!

https://www.ilovepdf.com/

#5 Cari Sumber Rujukan Lebih Efektif Dengan  SimilarSites.com

Jika anda mencari sumber rujukan sesuatu topik dengan hanya bergantung kepada satu 'website', mungkin pencarian atau sumber yang diperoleh agak terhad. Apa kata anda cuba gunakan similarsites.com yang membantu untuk mencari 'website' yang lain tetapi masih berkaitan dengan apa yang anda cari. Dengan hanya masukkan nama 'website' utama yang anda gunakan, similarsites akan memberi beberapa lagi 'website' yang mempunyai kandungan yang sama. 

https://www.similarsites.com/




Previous Post Next Post

Contact Form