Review: Makan ShellOut Murah di Kak Anie ShellRock Shah Alam Tahun 2022

Portion ShellOut Untuk 2 Orang di Kak Anie ShellRock


Menikmati hidangan shellout sememangnya satu saat yang indah apatah lagi jika ia dinikmati bersama keluarga tersayang. Perkongsian ini adalah daripada seorang warganet yang menceritakan pengalamannya menikmati shellout dengan harga berpatutan di salah sebuah restoran di lembah Klang.

"Baru-baru ini, si isteri teringin untuk ber'shell-out' setelah kali terakhir adalah kira-kira 2 tahun lalu sejak kami berpindah di Shah Alam. Kami mengetahui yang menu ini boleh dikatakan sebagai menu yang agak mahal dari segi kosnya, lantas terfikir untuk mencari sama ada wujud atau tidak mana-mana restoran yang menawarkan menu ini dengan harga mampu milik. Beberapa minit juga kami mencari di Google, kebanyakan yang keluar adalah restoran 'shellout' yang popular di mana satu hidangan boleh mencecah RM200.00 - RM300.00 untuk 2 orang. Memandangkan waktu itu adalah pertengahan bulan, kami berhasrat untuk mencari 'shellout' berharga kurang daripada RM100.0. Akhirnya terjumpa dengan satu restoran Kak Anie ShellRock yang terletak di Taman Tasik Shah Alam Seksyen 14."

BELI KUAH SHELLOUT VIRAL 👉 https://invl.io/clfl6xq

Ruang Makan Yang Selesa

Variasi Colek Dijual

"Setibanya di sana, kami dapati kawasan parkir di dalam sudah penuh dan terdapat petugas RELA yang mengarah kami untuk parkir di tepi jalan sahaja. Kami memikirkan mungkin restoran ini sedang 'pack' walaupun ketika itu pada jam 3.00 petang hari Ahad. Tetapi, alang-alang sudah tiba, maka diteruskan juga masuk ke dalam restoran. Ternyata sangkaan meleset apabila melihat ruang makan yang begitu besar dan selesa, pemandangan menghadap tasik dan juga pelbagai menu yang disediakan selain 'shellout'." Antara menu yang disediakan adalah:

+ Shell Out (tarikan utama)

+ Nasi campur dan lauk-pauk (dalam 20 jenis lauk juga yang kami nampak)

+ Lamb Shank (macam Chef Ammar)

+ Colek-colek (memang banyak pilihan)

+ Kerang Bakar

+ Masakan panas (ada set disediakan)

"Terdapat 4 jenis set shell-out yang ditawarkan. Bermula dari harga RM18.00 sehingga RM131.00 (1pax - 5pax). Kami memesan set A dengan harga RM61.00 untuk 2pax. Terdapat nasi untuk 2 orang, udang, kepah, kerang, lala, pahat, ketam dan kupang. Anda juga diberi pilihan untuk menambah ikan siakap dan udang (add-ons)."

Berbaloi Atau Tidak?

"Satu lagi yang menarik adalah minuman sirap ais diberikan secara percuma dan 'free-flow' memang sangat menjimatkan. Selepas menunggu lebih kuran 30 minit, maka pesanan kami telahpun tiba. Apa yang boleh kami katakan adalah 'portion' yang diberikan sangat cukup untuk 2 orang. Lambakan seafood seperti kepah dan kerang memang membuatkan kami rasa puas dan berbaloi sambil menikmati pemandangan tasik petang. Jadi review kami untuk menu 'shellout' Kak Anie Shellrock ini adalah (per 5⭐):

Portion: 4.5⭐

Rasa: 4.5⭐

Tempat: 4.5⭐

Masa menunggu: 3.0⭐

NAK BELI PES ASAM PEDAS?: https://invl.io/clfl8k8


Previous Post Next Post

Contact Form