Awas Scammer Fannie Mae - Review Tempat di Google Map & Dapat Duit (PART 1)

Sebenarnya Fannie Mae Berpengkalan di Amerika Syarikat

Artikel kali ini akan berkongsi tentang pengalaman seorang warganet yang hampir tertipu dengan 'scammer' yang dikenali dengan nama Fannie Mae. Boleh dikatakan satu teknik terbaru penipuan dengan memberikan anda bayaran untuk setiap tugasan tetapi dalam masa yang sama anda boleh kehilangan duit simpanan anda sendiri jika tidak berhati-hati.

Tawaran Kerja di Fannie Mae

"Suatu hari saya dihubungi melalui aplikasi 'Whatsapp' oleh seorang perempuan berbangsa cina yang memperkenalkan dirinya dengan nama Ms. Lee atas nombor telefon 011-11599937. Beliau menyatakan telah mendapat nombor telefon saya melalui portal pekerjaan JobStreet dan menawarkan saya satu pekerjaan mudah dengan pendapatan RM5000 - RM8000 sebulan. Agak musykil pada mulanya namun, saya tetap meneruskan perbualan dengan bertanyakan tentang 'job-scope' jika saya menjadi seorang 'part timer'. Kemudian, Ms. Lee memberi penjelasan bahawa saya hanya perlu melakukan 'review' sesebuah tempat di dalam Google Map dan akan mendapat bayaran RM8/review. Beliau turut menerangkan bahawa syarikatnya bekerjasama dengan Google untuk menaikkan 'visibility' sesebuah tempat dengan cara memperbanyakkan 'review' orang ramai. Disini, kelihatan tugasannya amat mudah yang lantas membawa saya meneruskan perbualan dengan Ms. Lee. Seterusnya, sesi temuduga ringkas diadakan dengan saya diberikan tugasan untuk membuat 'review' Masjid Negara di Google Map. Saya terus membuka aplikasi tersebut, menulis 'review' dalam 5-10 patah perkataan dan hantar kembali kepada Ms. Lee dan Ya! saya telah diterima untuk menjadi seorang 'part-timer' Google Map!"

DAPATKAN KAD T&G NFC DISINI👉https://invl.io/clfl6wi

Cara Fannie Mae Melakukan Scam

"Namun saya masih belum berpuas hati dan masih rasa sangsi dengan pekerjaan ini lalu saya bertanya lagi kepada Ms. Lee, sedikit latar belakang syarikatnya. Fannie Mae, sebuah syarikat harta tanah yang berkolaborasi dengan syarikat lain untuk mendapatkan populariti di Google. Satu penerangan yang sangat aneh dan agak kurang meyakinkan membuatkan saya terus mencari nama Fannie Mae di Google dan apa yang saya jumpa hanyalah sebuah syarikat yang berpengkalan di Amerika Syarikat. Saya sudah dapat mengagak yang ini semua adalah 'scam'. Tetapi, entah bagaimana saya agak teruja untuk mengetahui lebih lagi bagaimana cara mereka bekerja dan menipu, jadi, saya memberitahu Ms.Lee yang saya menerima tawaran pekerjaan ini. Sejurus selepas itu, Ms. Lee memberikan saya 'link' Telegram yang membawa saya ke 'chat room' bersama seorang auditor yang dikenali sebagai F.M Auditor (30). Beliau meminta beberapa butiran seperti nama, nombor telefon dan tempat tinggal secara ringkas. Selepas itu, saya diminta memberikan kod QR Touch&GO E-Wallet bagi urusan pembayaran. Agak terkejut apabila beliau menyatakan bahawa RM16.00 akan dikreditkan di dalam akaun saya atas 'review' yang telah saya buat bersama Ms. Lee sebentar tadi (RM8.00) dan 'welcome gift' (RM8.00)."

Mengejutkan bahawa mereka betul-betul memberikan saya RM16.00 dan telahpun dikredikan sekitar 5 minit sahaja. Ya, ia benar dan membuatkan saya lebih tertarik dengan pekerjaan ini. Selepas memperoleh bayaran, auditor ini memasukkan saya di dalam satu Telegram group yang dikenali dengan nama Fannie Mae Task Force (36).

"Berdasarkan pemerhatian, saya dapati terdapat 50 ahli di dalammnya dan hampir 10 ahli terdiri daripada admin Fannie Mae, selebihnya adalah ahli biasa seperti saya. Jadi apakah tujuan saya dimasukkan ke dalam 'group' ini? Setiap satu jam bermula pada jam 10.00 pagi, 'admin' akan memberikan tugasan Google Map Review. Mereka akan memberikan nama tempat dan meminta agar kesemua ahli membuat 'review' di dalam aplikasi Google Map. Tugasan ini dipanggil 'Mission' dan satu 'mission' mempunyai 3 tempat yang perlu dibuat 'review'. Bayarannya pula adalah bersamaan RM8.00 bagi satu 'mission'. Sangat berbaloi dan menarik serta mudah bukan kerja seperti ini? Sebagai bukti kita telahpun menyiapkan sesuatu tugasan, satu 'screenshot' perlu dihantar terlebih dahulu kepada auditor untuk tujuan penegesahan sebelum bayaran dibuat. Proses bayarannya juga sangat cepat, sekita 2-3 minit selepas menghantar 'screenshot' bayaran telahpun dikreditkan ke dalam akaun."

Smart Tag Murah : https://invl.io/clfl6x5

Dapatkan RFID dengan diskaun disini : https://invl.io/clfl6xq

PART 2 akan menyusul dengan penulis akan mendedahkan berapa jumlah bayaran yang diterima sepanjang sehari beliau bekerja, nama pemberi bayaran tersebut dan juga bermulanya teknik 'scammer' yang sebenar. 

Previous Post Next Post

Contact Form