Buat ASB Financing Tahun 2023. Berbaloi Atau Tidak? Cara Memohon ASBF

Kadar Dividen ASB Pada 2022 Adalah Hanya RM4.60 Seunit

Artikel kali ini ingin berkongsi tentang bagaimana untuk membuat pinjaman ASB atau ASB Financing (ASB Loan). Saban tahun, kita terus berdukacita dengan kadar dividen yang semakin rendah seperti diumumkan oleh Permodalan Nasional Berhad (PNB) dimana pada tahun 2022, kadar dividen hanyalah sekadar RM4.60 seunit. Namun, mungkin masih terdapat segelintir antara anda yang mahu untuk mencuba pelaburan ini. Pengalaman ini dikongsikan oleh seorang warganet yang menerangkan cara-cara untuk membuat akaun ASB Financing.

Apakah ASB & ASBF? Yang Mana Perlu Dibuat?

Bagi yang masih kurang jelas apa itu ASB & ASBF, ASB (Amanah Saham Bumiputera) merupakan salah satu produk pelaburan yang paling rendah risiko untuk jangka masa panjang. Anda boleh letak seberapa banyak wang yang anda mahu, bila-bila masa tanpa terikat dengan apa-apa komitmen. Dividen akan diberikan atas jumlah keseluruhan simpanan anda setiap tahun. Anda mahu letakkan RM100 atau RM1o,000 terserah kepada kemampuan anda. Manakala bagi ASB Financing pula (ASBF) ia adalah satu bentuk pinjaman daripada bank untuk anda dapatkan sejumlah amaun yang besar untuk diletakkan di dalam akaun ASB anda. Hal ini dilakukan bagi mendapatkan pulangan yang lebih tinggi selepas dividen.

Mohon ASB Financing Sekarang 👉 https://invle.co/clfndit

"ASBF bermaksud anda membuat permohonan pinjaman dengan bank dan perlu untuk membayar ansuran bulanan seperti ditetapkan. Ia merupakan komitmen wajib serta nama anda juga akan tersenarai di dalam rekod CCRIS"

Nak Buat ASBF, Bank Mana Yang Terbaik?

Sebenarnya, untuk memohon ASBF ini agak mudah iaitu melalui 'online' sahaja, Kebanyakan bank utama di Malaysia menawarkan pinjaman ASBF seperti CIMB, Maybank, Ambank, RHB dan lain-lain yang boleh dimohon pada bila-bila masa tanpa syarat yang ketat. Jika anda membuat ASBF anda perlu sedar akan amaun pinjaman anda bermula daripada RM50,000 - RM200,000.

"Perlu diingat bahawa setiap bank menawarkan kadar faedah yang berlainan."

Selepas anda mengisi butiran peribadi, anda diberi pilihan untuk memohon jumlah pinjaman dan juga tempoh pinjaman iaitu dari 5 tahun ke 30 tahun tempoh pinjaman. Untuk dapatkan formula mudah, lebih sikit jumlah pinjaman, lebih sikit komitmen bulanan yang perlu dibayar ke bank. Sebagai contoh, jika anda meminjam RM200,000.00, komitment bulanan anda adalah sekitar RM1000.00 sebulan. Jika RM100,000, maka ia berjumlah sekitar RM500+ sebulan bagi tempoh pinjaman 30 tahun. Semasa mengisi, perlu berhati-hati supaya anda tidak membeli insuran yang ditawarkan pihak bank terhadap pinjaman anda. Hal ini kerana, ia akan mempengaruhi bayaran bulanan anda menjadi lebih tinggi.

Link Maybank ASB Financing: https://invle.co/clfndit

"Antara kebaikan ASBF ini adalah anda boleh 'terminate' pinjaman anda ini bila-bila masa sahaja!"

Selepas selesai, permohonan anda tidaklah diluluskan serta merta. Di dalam kes saya, saya terpaksa menunggu hampir satu bulan untuk permohonan ini diluluskan dan juga amaun yang dipinjam tersebut dilaburkan di dalam ASB. Saya menggunakan Maybank sebagai pilihan dengan kadar faedah sekitar 3.0%. Meskipun tiada 'lock-in' period dimana anda boleh 'terminate' pinjaman ASBF ini, suka untuk diingatkan agar anda melakukannya selepas tahun ketiga bagi membolehkan anda mendapat sedikit keuntungan atau 'benefit' daripada dividen tersebut. Jadi, adakah anda bersedia untuk mulakan pelaburan ASB?

YA SAYA BERSEDIA MELABUR DI ASB 

 

 

 

2 Comments

Previous Post Next Post

Contact Form