Pertama Kali Makan ‘Steak’ Premium & Mewah di Me’Nate Shah Alam (Review Jujur Dari B40)

Makan steak premium & mewah di Me’nate
Makan Steak Premium & Mewah Di Me’Nate Shah Alam

Artikel ini dikongsikan oleh seorang warganet yang berceritakan pengalaman pertamanya merasai hidangan ‘steak’ premium & mewah di restoran Me’Nate Shah Alam baru-baru ini.
“Ini merupakan pengalaman pertama makan ‘steak’ yang boleh dikatakan premium & mewah di salah sebuah restoran yang pernah viral disebabkan harganya mencecah ribuan ringgit. Itu cerita dahulu dimana orang kita masih belum faham tentang jenis-jenis daging ‘steak’ yang dihidangkan. Kalau dulu, kita biasa berkunjung ke kedai ‘steakhouse’ ala-ala ‘cowboy’ dengan satu hidangan ‘steak’ pun hanya berharga kurang RM20.”

“Lain pula di Me’Nate ini, untuk yang masih belum berkesempatan, saya akan berkongsi sedikit review jujur (daripada perspektif B40 seperti saya) mengenai restoran, makanan dan cara untuk memesan ‘steak’ anda”

Pilih Bahagian Steak Yang Anda Mahu

“Sebagai ‘first-timer’ dan golongan B40, memang agak janggal apabila pelayan restoran meminta kita untuk pergi ke satu seksyen khas yang menempatkan pelbagai jenis bahagian daging segar di dalam peti sejuk. Disini, anda diberi kebebasan untuk memilih bahagian daging untuk dijadikan hidangan ‘steak’ nanti.” 
Setiap bahagian mempunyai harga yang berlainan bergantung kepada jenis dan berat daging tersebut beserta upah masak
“Agak terkejut pada mulanya apabila melihat bahagian daging paling murah pun dalam RM70+, itupun bahagian daging yang biasa dan mungkin agak liat lepas dimasak. Kalau mahu mencuba bahagian daging terkenal seperti Wagyu / Sirloin / Rib-Eye, ‘standby’ sahaja RM200++ seorang. Jadi saya telah memilih bahagian Sirloin dengan berat anggaran sekitar 300 gram dengan harga RM170 siap masak. Selepas memilih, boleh beri daging tersebut kepada petugas dan disini anda boleh memberitahu cara ‘steak’ anda dihidangkan sama ada dalam keadaan ‘rare’, ‘medium well’ atau ‘well done’. Kebiasaanya, medium well adalah yang paling sesuai untuk dimakan, tidak terlalu masak dan tidak terlalu mentah.”

Review Steak di Me’Nate

“Masa menunggu tidaklah begitu lama walaupun keadaan restoran agak penuh pada masa itu. Sekitar 25 minit, hidangan telahpun sampai di meja. Setiap hidangan ‘steak’ akan disertakan sekali ‘mashed potato’, salad, ‘fries’ beserta ‘black pepper sauce’. Untuk sos, boleh pilih sama ada mahukan ‘black pepper’, ‘brown sauce’ atau lain-lain. Tentang rasa ‘steak’ pula, disinilah ‘killer point’ yang membezakan Me’Nate dan ‘steakhouse cowboy’ lain. Gigitan pertama sahaja sudah cukup memberitahu bahawa ini adalah ‘steak premium mewah yang segar dimasak dengan teknik yang cukup sempurna. Daging masih lagi ‘juicy’ serta lemak yang dimakan sangat tidak liat untuk digigit. Untuk portion seorang lelaki dewasa, 300-400 gram daging sudah cukup untuk membuatkan anda terduduk kepuasan dan kekenyangan.” 

“Justeru, bagi sesiapa yang mahu merasai pengalaman makan steak premium dan mewah ini boleh mulakan dengan restoran Me’Nate ini. Saya tahu banyak lagi ‘steakhouse’ yang lebih sedap tetapi bagi saya sebagai pertama kali mencuba ‘steak’ premium dan mewah ini, Me’Nate sudah dapat memberikan anda pengalaman ‘steak’ yang sedap dengan harga yang masih masuk akal.
Previous Post Next Post

Contact Form