Sambut Birthday di DoubleTree I-City Shah Alam (Bajet Bawah RM1000)

Sambut birthday di DoubleTree I-City
Suasana Private Room Birthday DoubleTree I-City

Artikel kali ini akan berkongsi pengalaman seorang warganet dimana baru-baru ini beliau bersama keluarga telah meraikan sambutan hari lahir atau ‘birthday celebration’ di salah sebuah hotel terkemuka di Kuala Lumpur. 

Lokasi Birthday Celebration

“Kami sekeluarga sebenarnya tidaklah begitu pakar dalam melakukan sambutan ‘birthday’ ini kerana sejak kecil lagi tidak diajar dengan perkara sedemikian rupa. Kebiasaannya, sambutan ‘birthday’ ini diraikan secara kecil-kecilan bertemankan sebuah kek ‘birthday’. Namun, setelah memiliki keluarga yang besar, dan kebetulan pula ‘birthday’ abah semakin hampir, maka, kami merancang untuk melakukan sesuatu yang lebih meriah dan menarik.”

“Semestinya kami telah google beberapa lokasi yang bersesuaian untuk sambutan ‘bithday’ ini, kebanyakan ‘result’ adalah ‘event space’ yang perlu disewa keseluruhan tempat dimana bagi kami ini akan memakan kos yang sangat besar. Kesemuanya lebih RM1000.00. Selain ‘event space’ ada juga tempat yang tidak begitu sesuai untuk sambutan golongan dewasa seperti di McDonald dan juga Marrybrown dengan harga pakejnya bermula RM599. Ada juga terfikir untuk menyewa AIRBNB, tetapi sekali lagi kos yang agak tinggi diperlukan untuk menyewa kediaman yang boleh memuatkan keluarga yang besar.”

“Maka, disinilah timbulnya idea untuk mencari hotel berdekatan. Kebiasannya restoran-restoran di hotel mempunyai ‘private room’ sendiri. Sebagai penganjur, pemilihan lokasi ini sangat penting dengan mengambil kira, keselesaan tempat, kesesakan trafik, parking dan lain-lain, jadi terjumpalah sebuah hotel yang masih baru di I-City iaitu DoubleTree by Hilton I-City Shah Alam. Proses penempahan juga sangat senang dimana hanya perlu mengisi ‘form’ yang disediakan dan untuk ‘special request’ seperti sambutan ‘birthday’, digalakkan untuk telefon terus ke hotel.”

Tempah Birthday Balloons DoubleTree : https://invl.io/clg81ol https://invl.io/clg81ol
Tempah Birthday Celebration DoubleTree DISINI

First Impression DoubleTree I-City Shah Alam

“Jika mahukan perjalanan lebih lancar untuk ke DoubleTree I-City Shah Alam, digalakkan untuk menggunakan Lebuhraya Persekutuan, terus sahaja sehingga kelihatan ‘exit’ ke I-City. Setibanya di sana, kami terus menuju ke tempat letak kereta, dan begitu banyak petak parking yang disediakan. Kesemuanya berdekatan dengan lobi lif dimana tidak perlu risau jika membawa warga emas kerana jaraknya yang dekat”

“Sementara menunggu keluarga yang lain tiba, kami berada di lobi utama hotel tersebut. Lobi hotel ini juga sangat selesa dan luas denga banyak tempat duduk disediakan. Masa ini anak-anak sudah berlari-lari kesana-sini selepas berjumpa dengan sepupu mereka. Selepas kesemua ahli keluarga tiba kami pun bergerak ke aras 1 yang menempatkan ‘Makan Kitchen’ restoran utama DoubleTree I-City Shah Alam.”

Sambut Birthday Meriah & Eksklusif 

“Dan disinilah ‘surprise’ bermula apabila kami menjejakkan kaki memasuki ‘private room’ Makan Kitchen DoubleTree I-City Shah Alam apabila suasananya sangat mewah dan eksklusif. Boleh memuatakan sehingga 40 orang dalam satu masa, susun atur kerusi dan meja sangat eksklusif dengan ‘simple deco’ oleh pihak hotel bagi kami sudah memadai.” Kelihatan abah dan ahli keluaraga lain sangat teruja dan tidak sabar untuk sambut ‘birthday’ disini. Memandangkan sambutan ini diadakan pada ‘weekday’ hanya A’la Carte menu sahaja yang disediakan. Boleh dikatakan menu yang ada agak banyak dengan pebagai pilihan seperti ‘asian cuisine’ ‘western cuisine’ dan ‘kids meal’ juga disediakan selain beberapa ‘traditional cuisine’ turut tersedia. Harga yang ditawarkan bagi kami agak kompetetif, tidak terlalu mahal bagi sebuah hotel bertaraf 5 bintang. Boleh tengok menu dan harga Makan Kitchen DoubleTree I-City Shah Alam DISINI.”

Beli Birthday Surprise Disini : https://invl.io/clg81sf https://invl.io/clg81sf

“Walaubagaimana pun, masa menunggu disini agak lama, meskipun keadaan restoran tidak penuh, hampir 45 minit diperlukan sebelum hidangan pertama sampai dan ia tidak sampai sekaligus dimana ada beberapa ahli keluarga lain terpaksa menunggu hingga 1 jam sebelum makanan dihidangkan di atas meja. Staf yang bertugas juga sangat baik dan mesra tetapi jumlah staf tidaklah begitu ramai. Satu lagi ‘surprise’ adalah pihak hotel berbesar hati memberikan sepotong ‘complimentary birthday cake’ secara percuma dan ini menambah lagi kemeriahan sambutan ‘birthday’ abah.”

Review Makanan Makan Kitchen DoubleTree I-City Shah Alam

“Secara ringkas, makanan yang dihidangkan kesemuanya menepati selera kami dan ‘standard’ sesebuah hotel yang bertaraf 5 bintang. ‘Portion’ makanan juga tidak mengecewakan, sangat banyak dan sangat berbaloi dengan harganya. Kami sempat mencuba beberapa menu seperti ‘sandwich’, pasta, beriyani, burger dan ‘kids meal’ kesemuanya memang boleh diberi ‘rating 5🌟.”

“Apapun, jika anda merancang untuk membuat ‘birthday celebration’ untuk kelompok yang besar, adalah sangat digalakkan untuk anda mencuba Makan Kitchen DoubleTree I-City Shah Alam sebagai tempat pilihan. Bagi kami keselesaan tempat serta suasana eksklusifnya dengan harga yang sangat berbaloi dan marhaen adalah ‘plus point’ yang ada di DoubleTree I-City Shah Alam berbanding hotel-hotel lain.” 


Previous Post Next Post

Contact Form