Perlukan Extra Cash? Tips Lulus Personal Loan Dengan Mudah Tahun 2023

Takut Buat Personal Loan? Ini Tips Berguna Untuk Anda

Ramai antara kita yang sering dimomokkan dengan bahayanya pinjaman peribadi atau 'personal loan'. Instrumen kewangan ini sebenarnya dapat mendatangkan kebaikan tetapi ramai yang tidak mahu menggunakannya. Antara satu sebab adalah karenah birokrasi bank yang melecehkan. Disini kami berkongsikan bagaimana Ali (bukan nama sebenar) mendapat kelulusan pinjaman peribadi daripada 2 bank serentak.

Sebelum kita mulakan, anda perlu tahu apakah tujuan untuk mengambil 'personal loan' ini. Adakah untuk pelaburan? pembiayaan hutang? 'monthly rolling' ataupun sekadar untuk bersuka-ria membeli-belah? Sebenarnya, apapun sebabnya, ia masih membolehkan anda mengambilnya tetapi dengan syarat bahawa anda perlu bijak menguruskan duit pinjaman tersebut. Langkah seterusnya adalah untuk memilih bank mana yang patut anda kemukakan permohonan. Harus teliti kerana setiap bank mengenakan kadar bunga berbeza-beza (kebiasaannya dalam 15%) dan anda boleh semak kadar tersebut disini https://invol.co/clfljy4

Bank Manakah Paling Mudah Luluskan Pinjaman?

Sebenarnya hampir kesemua bank menawarkan perkhidmatan ini tetapi kelulusannya adalah bergantung kepada rekod kewangan anda. Untuk kes ini, kami mengambil contoh seorang pekerja swasta dengan pendapatan tetap. Mempunyai pelbagai komitment seperti rumah, kereta dan juga PTPTN dikenali sebagai Ali. Ali ingin mengambil pinjaman peribadi disebabkan perbelanjaan bulanan yang melebihi pendapatannya. (perbelanjaan wajib). Jadi beliau memerlukan 'rolling money' yang membolehkan beliau untuk 'survive' untuk beberapa bulan akan datang. Pada mulanya, Ali membuat permohonan melalui laman web bank. Terdapat beberapa bank yang dimohon antaranya CIMB, Hong Leong dan Maybank tetapi kesemuanya ditolak gara-gara komitmen yang tinggi. Dapatkan pinjaman peribadi oleh Maybank: https://invle.co/clflk1e

Perlu ingat jika satu permohonan itu ditolak oleh sistem laman web, ini tidak bermakna peluang tertutup selamanya, anda boleh cuba untuk pergi ke mana-mana cawangan bank untuk permohonan secara manual.

Ali memilih RHB Bank, Maybank dan Hong Leong Bank untuk permohonan manual. Ali terus membuat semakan dengan pegawai bank adakah beliau masih mempunyai peluang memohon selepas ditolak oleh sistem. Maybank menolak permohonan atas alasan komitmen yang tinggi manakala RHB dan Hong Leong Bank mengatakan masih ada peluang untuk lulus kerana pegawai bank tersebut akan membantu memastikan permohonan itu berjaya. (erti kata lain, pegawai bank juga bakal menikmati sedikit insentif atas penjualan produk bank)

SEMAK BERAPA JUMLAH PINJAMAN YANG ANDA LAYAK 👉 https://invle.co/clflk1e

Terdapat beberapa dokumen yang perlu diisi serta diserahkan kepada pegawai bank antaranya, salinan IC, slip gaji dan juga pendapatan tambahan jika ada. Jika anda mempunyainya dalam bentuk 'softcopy' jangan risau kerana boleh terus 'forward' kepada mereka, lebih mudah. Kemudian anda akan diberikan satu borang permohonan pinjaman untuk diisi. Setereusnya, pegawai bank akan menghubungi anda dalam masa beberapa hari.

Penantian Jawapan Permohonan Pinjaman

Ali hanya menunggu sekitar 3 hari untuk menerima maklum balas daripada pihak bank. Kedua-dua bank meminta beberapa lagi dokumen tambahan untuk menyokong permohonan. Di dalam kes ini, Ali perlu memberikan dokumen pinjaman perumahannya yang dibeli dengan kaedah Houzkey. Setelah memberikan dokumen tersebut, Ali menunggu hampir 2 minggu sebelum mendapat satu lagi panggilan yang menyatakan beliau perlu bersedia untuk satu panggilan lain oleh pihak bank sebagai proses pengesahan. Proses ini mengambil masa sekitar 3 hari untuk menerima panggilan tersebut. Panggilan ini adalah proses terakhir sebelum mengetahui adakah permohonan anda berjaya atau tidak. Lihat bank yang menawarkan syarat mudah pinjaman: https://invle.co/clflk1e

Hampir sebulan selepas panggilan terakhir, akhirnya Ali mendapat notifikasi SMS yang menyatakan permohonan pinjaman peribadi sebanyak RM20,000 telah pun diluluskan oleh Hong Leong Bank dengan kadar 'interest' 8.5%. Kebetulan sehari selepas itu, Ali menerima SMS daripada RHB Bank yang telah meluluskan RM16,000 dengan kadar 'interest' 15%. Untuk situasi sebegini, anda ada hak untuk mengambil kedua-duanya atau mengambil salah satu ataupun menolak tawaran bergantung kepada bagaimana anda menguruskan bayaran balik di kemudian hari.

Perkongsian ini bertujuan untuk memberi gambaran lebih jelas bahawa sesebuah permohonan (pinjaman peribadi) tidaklah semudah yang disangka seperti yang dipamerkan di dalam iklan-iklan bank yang kita biasa lihat. Tetapi dengan cara yang betul, tidak mustahil anda juga mampu mendapatkan kelulusan dan pastikan anda menggunakan wang yang dipinjamkan ini dengan behemah. Selamat mencuba! 

Previous Post Next Post

Contact Form