Beli Rumah Pertama Dengan Maybank Houzkey. Skim Pinjaman Perumahan Pasti Lulus!

Skim Pinjaman Maybank Houzkey Membantu Goloingan Muda Membeli Rumah 

Memiliki sebuah rumah sememangnya menjadi idaman semua lebih-lebih lagi ia boleh dianggap sebagai satu pelaburan dan pencapaian yang sangat baik terutamanya apabila mempunyai keluarga. Namun, ia tidaklah semudah yang disangka apabila harga rumah yang ditawarkan kini sangat tinggi dan agak mustahil bagi golongan muda untuk memiliki sebuah rumah yang berharga hampir RM500,000.00 di lembah klang berbekalkan pendapatan bulanan sekitar RM2500.00 sebulan. Pastinya pihak bank dengan mudah menolak permohonan pinjaman perumahan anda!

Tetapi anda tidak perlu menyerah kalah terlalu awal kerana impian untuk membeli rumah pertama boleh menjadi kenyataan dengan Maybank Houzkey. Sebuah skim pinjaman dibawah Maybank Islamic. Bagaimana caranya? Ikuti perkongsian oleh seorang warganet yang berjaya membeli rumah pertama dengan Maybank Houzkey.

SET MEJA MAKAN MURAH 👉https://invl.io/clflp70

"Saya merupakan seorang pekerja swasta dengan pendapatan ketika itu kurang RM4000.00 sebulan dan bercadang untuk membeli sebuah rumah untuk tempoh 2-3 tahun akan datang. Memang saya telah memasang impian untuk memiliki rumah sendiri sebelum berumur 30. Jadi pencarian rumah telahpun dimulakan pada tahun 2019. Lokasi pilihan adalah di sekitar Subang, Damansara dan Sungai Buloh dan kebanyakannya berharga RM500,000 ke atas untuk rumah binaan baru. Saya merasakan semestinya permohonan pinjaman perumahan ini akan ditolak mentah-mentah oleh pihak bank disebabkan gaji yang rendah, jadi saya mencari alternatif lain lalu terlihat 'advertisement' Maybank Houzkey singgah di Facebook. Saya tertarik untuk mengetahui dengan lebih lanjut disebabkan ini adalah sebuah program sewa-beli rumah yang baru dilancarkan oleh Maybank dengan komitment bulanan yang kompetitif. Selepas itu, saya terus ke laman web rasmi dan melihat terdapat berpuluh jenis kediaman yang ditawarkan di bawah program ini (kebanyakan di lembah Klang) membuatkan saya lebih tertarik untuk mencuba nasib."

Lihat Kediaman Yang Ditawarkan Houzkey: https://invl.io/clflp70

Proses Pembelian Rumah Bermula

"Selepas beberapa hari melakukan pencarian rumah yang sesuai, akhirnya saya terjumpa sebuah apartment bersaiz 1000sqft di Subang dengan komitmen bulanan yang ditawarkan sekita RM1200.00 sebulan. Tidak berfikir panjang, saya terus membuat temujanji bersama 'sales person' projek tersebut dan kami akan berjumpa di 'sales gallery' untuk mengetahui lebih lanjut mengenai program Houzkey ini." 

"Saya telah berjumpa dengan Mr.Wong salah seorang 'sales person' dan selepas sesi penerangan, barulah saya lebih faham bahawa Houzkey ini adalah sebuah program sewa-beli dimana pembeli ditawarkan kadar bayaran sewa selama 5 tahun. Selepas itu, pembeli diberikan kebebasan sama ada untuk terus menetap dengan membeli unit tersebut selepas tahun ke 5 ataupun memilih untuk keluar tanpa sebarang caj. Apa yang lebih menarik, harga belian unit tesebut selepas 5 tahun adalah tidak berubah! (Harga unit yang dibeli adalah RM550,000) Selain itu, pembeli juga tidak perlu membuat bayaran 'progress fees' sepanjang tempoh pembinaan, tidak ada duti setem, 'legal fees' dan bermacam lagi kos tambahan. Satu penjimatan yang sangat baik."

Permohonan Houzkey Semudah ABC

"Proses permohan houzkey ini agak 'straight forward' apabila 'sales person' akan membantu anda membina akaun Maybank2Own atau M2U serta membuat permohonan secara 'online'. Dokumen yang diperlukan juga adalah 'basic' seperti salinan IC, slip gaji dan juga 'bank statement' serta penyata PTPTN dan KWSP. Selepas saya menyerahkan segala dokumen kepadanya, saya hanya menunggu kira-kira 1 bulan setengah sebelum mendapat panggilan daripada pihak Maybank yang mengatakan permohonan Houzkey saya telah diluluskan."

Laman Web M2Own: https://www.maybank2own.com/portal/

"Mereka telah memberi satu surat pengesahan secara emel dan saya diminta sekali lagi ke 'sales gallery' bagi tujuan tandatangan 'lease agreement' bersama peguam. Ketika ini, saya diminta untuk membayar deposit berjumlah RM3600 (bersamaan 3x bayaran bulanan) dan ini juga merupakan satu-satunya bayaran yang dikenakan. Maka, selesai sudah proses pembelian rumah pertama saya bersama Maybank Houzkey dan kini hanya menunggu rumah tersebut siap pembinaannya yang dijadualkan pada tahun 2024."

Previous Post Next Post

Contact Form