Review: Guna Periuk Nasi Gaboor Paling Kecil Yang Viral

Guna Periuk Nasi Paling Kecil
Rice Cooker Viral Ini Sangat Kecil

Terdapat perkongsian daripada warganet tentang periuk nasi yang dikatakan viral kerana memiliki saiz yang kecil dan rekabentuk yang cantik dengan fungsi asas yang hebat, jadi kami terpanggil untuk mencuba dan merasai pengalaman menggunakannya. Periuk nasi ini mudah didapati di laman jualan 'online'. Kami memilih untuk membeli jenama 'Gaboor' di Shoppee dan agak terkejut apabila harga yang ditawarkan sangat murah berbanding periuk nasi yang lain iaitu sekitar RM30-RM40 sahaja.

Selepas menggunakannya untuk beberapa hari, kami mendapati terdapat beberapa perkara yang bagus serta kekurangannya dan telah rangkumkan seperti di bawah:

Kebaikan

+ Saiz yang kecil dan kompak. Sangat ringan dan mudah disimpan

+ Menjalankan fungsi asas dengan baik seperti menanak nasi dan mengukus. Masa yang diperlukan hingga nasi dimasak hanya sekitar 10 minit sahaja

+ Tidak perlu baca manual. Sangat mudah untuk menggunakannya hanya perlu 'plug & play

+ Sesuai untuk keluarga kecil atau bujang dimana kapasiti periuk hanya 1.0L sahaja

Kekurangan

+ Periuk nasi ini tidak boleh dicabut, jadi sewaktu mencuci agak sukar untuk memastikan air tidak masuk ke bahagian dalam periuk 

+ Soket periuk juga perlu diberi perhatian sewaktu mencuci, boleh menyebabkan 'short circuit' jika menggunakannya dalam keadaan air tidak sempat kering

+ Wap air yang keluar sewaktu menanak nasi memang sangat banyak dan boleh menyebabkan ia melimpah dan meleleh keluar. Harus berjaga-jaga dengan kuantiti air untuk dimasak

+ Tiada cop SIRIM (Setakat hari ini)

Walaubagaimanapun, kami masih rasa ia satu pembelian yang berbaloi dengan harga yang ditawarkan dan juga fungsi yang diberikan. Sangat sesuai untuk golongan bujang, pelajar yang tinggal di hostel dan juga keluarga kecil. Anda boleh dapatkan produk ini dengan harga diskaun disini : https://invl.io/clfgfwx

Rating Editor

Dengan harga yang berpatutan serta dapat menjalankan fungsi asas dengan baik, kami merasakan yang anda juga patut memilikinya

Previous Post Next Post

Contact Form