Boleh Bermain Telefon Dalam Mod ‘Silent’ Ketika Khutbah Jumaat? Ini Respons Ustaz Azhar Idrus

Boleh Membalas Mesej Atau Bermain Game Ketika Khutbah Jumaat?

Artikel ini dikongsikan oleh seorang warganet yang menceritakan pengalaman beliau melihat ramai anak muda masa kini yang kurang cakna akan beberapa hal ketika berada di dalam masjid, terutamanya ketika solat dan khutbah Jumaat.

"Hari Jumaat jam 12.55 pm. Setibanya saya di masjid terus saya mencari tempat di dalam dalam dewan solat utama untuk melakukan solat sunat sementara menunggu azan berkumandang. Seusai solat, terlihat akan seorang jemaah lain yang berada disebelah saya, seorang pemuda (lingkungan umur 15-18 tahun). Pemuda ini duduk dengan keadaan kepala menunduk kebawah khusyuk membaca sesuatu. Pada mulanya saya beranggapan pemuda ini sedang membaca Al-Quran lalu dibiarkan sahaja dan saya menyambung beberapa amalanm sunat yang lain." 

BELI SEJADAH SANDAR VIRAL DISINI👉 https://invl.io/clfhg1f

"Azan berkumandang dan khutbah pun sudah dimulakan oleh imam bertugas. Kelihatan pemuda ini masih lagi tunduk khusyuk melihat telefonnya. Saya merasakan seperti agak janggal dengan situasi ini dimana beliau betul-betul berada disebelah saya. Selepas diteliti, barulah saya sedar bahawa pemuda ini sebenarnya sedang bermain 'online game' dalam mod 'silent'. Sedar bahawa perbuatan itu adalah tidak betul maka saya telah menegur pemuda itu dengan menggunakan bahasa isyarat supaya pemuda tersebut menghentikan perbuatannya itu."

Apa yang dilakukan oleh pemuda ini sebenarnya hanyalah satu contoh tetapi tidak mustahil kita dapat melihat situasi sebegini sebenarnya telah banyak terjadi. Kadangkala, mereka tidak bermain 'game', tetapi sibuk membalas 'Whatsapp' ataupun menonton 'live' di TikTok. Oleh itu, disini saya berkongsi pendapat  yang dipetik daripda portal Islam Itu Indahdan juga pendapat dari Ustaz Azhar Idrus mengenai hukum bermain telefon ketika khutbah Jumaat sedang berlangsung sebagai panduan kepada semua.

Hukum Menggunakan Telefon Ketika Khutbah  (Sumber Islam Itu Indah)

Jadi sangat jelas di sini bahawa perbuatan menggunakan telefon bimbit ketika khatib membaca khutbah Jumaat adalah suatu perbuatan yang bertentangan dengan sunnah dan adab yang menuntut kita supaya diam dan meninggalkan segala perbuatan yang boleh menjejaskan tumpuan terhadap khutbah Jumaat. Oleh itu, perbuatan ini sayugianya ditinggalkan kerana ianya mengakibatkan kerugian yang sangat besar, iaitu kehilangan pahala dan kelebihan-kelebihan Sembahyang Fardhu Jumaat.

Sumber: islamituindah.my (klik link untuk butiran lanjut)

Hukum Menggunakan Telefon Ketika Khutbah  (Sumber: Ustaz Azhar Idrus)

Tidak boleh, kerana meneyebabkan kita kehilangan pahala mendengar khutbah, seperti friman AllahSWT yang menyatakan hendaklah kamu berusaha untuk mendengan butir-butir khutbah.

Sumber: Ustaz Azhar Idrus (klik link untuk butiran lanjut)

Jelas, kedua-dua pendapat ini telah menyatakan bahwa perbuatan bermain telefon walaupun dalam mod 'silent' ketika khatib sedang membaca khutbah amat ditegah sama sekali. Sebagai umat islam, amatlah digalakkan untuk kita saling menegur dan beringat-ingat sesama kita akan pentingnya hal ini.


Previous Post Next Post

Contact Form