Scammer Fannie Mae - Rugi RM9000 Dalam Masa 5 Minit (PART 2)

scammer fannie mae
Scammer Fannie Mae , Hati-hati Dengan Teknik Licik Mereka

Artikel ini merupakan PART 2 dan sambungan kepada artikel yang bertajuk 'Awas Scammer Fannie Mae - Review Tempat di Google Map & Dapat Duit. Untuk memudahkan pemahaman, anda digalakkan membaca PART 1 terlebih dahulu DISINI.

Part Time Review Google Map

"Sebelum ini, saya telah menceritakan bagaimana saya memperoleh RM8.00 yang dikreditkan terus kedalam akaun TnG e-Wallet selepas saya menyelesaikan 'mission'. Sebenarnya, setiap hari bemula jam 10.00 pagi, kesemua ahli group diminta untuk melaporkan diri di dalam 'group' Telegram (Fannie Mae Task Force 36). Saya hanya perlu menaip 'check-in' di dalam 'group', 'screenshot' dan serahkan kepada auditor dan anda akan mendapat 'welcome gift' bernilai RM4.00. Proses ini dijalankan selama satu jam iaitu sehingga jam 11.00 pagi."

DAPATKAN TAWARAN KERETA TERPAKAI DISINI 👉 https://invol.co/clgdhk4

"Kemudian, 'mission' pertama bemula. Seperti yang saya katakan sebelum ini satu 'mission' mempunyai 3 tugasan 'review' Google Map dimana auditor akan memberikan anda salah satu lokasi di Google Map dan hanya perlu tulis review ringkas untuk memperoleh RM8.00. Walaubagaimanapun, saya merasakan ada sesuatu yang pelik dan disinilah saya mula menghidu bahawa ada yang tidak kena serta mula mengesyaki yang ini merupakan salah satu 'scam' yang sangat teratur organisasinya. Kenapa saya merasakan sedemikian?"

Merchant Wellfare Permulaan Terbongkarnya Teknik Scammer Fannie Mae


"Terdapat satu 'mission' yang dikenali sebagai Merchant Wellfare Advance Task. Di dalam 'mission' ini, kami dikehendaki untuk membuat deposit ke dalam akaun beberapa syarikat dan deposit ini mempunyai nilai yang tertentu. Pelik? Kenapa tiba-tiba kesemua kami perlu melakukan deposit pula?. Mengikut penerangan auditor, setiap deposit dijanjikan pulangan 10%-30% dipanggil sebagai 'commission'. Antara nilai yang dibenarkan untuk membuat deposit adalah bermula RM200.00, RM800.00, RM1500.00 sehingga RM9580.00. Bayangkan jika anda membuat deposit dengan nilai tersebut, dan beberapa minit kemudian anda akan mendapat kembali duit tersebut berserta 'commission' dalam masa beberap minit sahaja. Sangat mengujakan bukan? Untuk yang berfikiran waras mesti mengatakan 'its too good to be true' Kalau tidak salah, terdapat 3 pusingan Merchant Wellfare Advance Task ini dalam sehari."

"Disebabkan rasa sangsi saya pada pekerjaan ini, saya mengambil keputusan untuk tidak mengendahkan 'mission' ini dan hanya meneruskan sahaja 'task' yang beharga RM8.00 tersebut selama seharian. Hal ini bermaksud saya telahpun 'skip' 3 'mission' dengan harapan bahawa tidak akan ada apa-apa yang berlaku kepada saya dan jumlah pendapatan yang saya peroleh pada hari pertama saya di Fannie Mae ini adalah sebanyak RM72.00. Kesemuanya melalui TnG e-wallet atas nama penghantar Lim Sin Kiong dan Ng Chun Loong. Sesuatu yang sangat berbaloi dengan pekerjaan yang sangat mudah dan membuatkan saya tidak sabar untuk teruskan 'task' ini pada hari esok."

 

Fannie Mae Mula Memaksa Untuk Deposit

"Keesokannya saya meneruskan membuat 'mission' seperti biasa dan saya masih lagi tidak melayan 'mission' Merchant Wellfare Advance Task dan akhirnya pada suatu hari, saya telah mendapat 'warning' daripada auditor. Saya mendapat mesej mengatakan saya tidak boleh mendapatkan bayaran untuk 'mission' terdahulu kerana berdasarkan rekod, saya tidak pernah menyertai Merchant Wellfare Advance Task dan mereka memaksa saya untuk sekurang-kurangnya melakukan deposit RM200.00 ke dalam akaun syarikat yang saya sendiri tidak pernah dengar namanya. Saya telahpun membuat carian di Google dan memang tidak menjumpai sebarang informasi berkaitan syarikat tersebut. Ini menguatkan lagi naluri saya bahawa saya semakin hampir untuk membongkar teknik 'scam' Fannie Mae"

PROMOSI PERSONAL LOAN MUDAH 👉https://invle.co/clgdhjn

"Saya kemudiannya diberi satu lagi 'link' Telegram yang menghubungkan saya ke akaun Telegram yang bernama Nathaniel. Beliau merupakan PIC yang menguruskan Merchant Wellfare Advance Task. Saya sempat bertanya beberapa soalan untuk menyiasat dengan lebih lanjut mengapa saya perlu meletakkan deposit ke syarikat yang pelik namanya dan jawapan yang saya terima kesemuanya sangat sangsi dan lebih meyakinkan saya ini bahawa ini adalah 'scam'. Saya terus bertanyakan soalan kepada beliau dan berjanji untuk membuat deposit sehingga pada satu ketika saya merasakan beliau sudah tidak tahan lagi dengan soalan yang dberikan dan disinilah kemuncaknya apabila dia yang pada awalnya sangat 'soft spoken' telah mengatakan 'you are wasting my time'. Saya terus dibuang di dalam 'group' Telegram dan terus di 'block' oleh Natahniel. Rasa sangat bersyukur kerana akhirnya berjaya membokngkar teknik 'scammer' ini tanpa mengorbankan duit sendiri."

Scammer Fannie Mae Dirancang Dengan Teliti

"Antara perkara aneh yang saya perhatikan ketika berada di dalam 'group' adalah terdapat beberapa ahli 'group' yang sangat responsif dan 'suspicious'. Responsif disini bermaksud mereka adalah antara orang yang sentiasa 'reply' segala pertanyaan, berkongsi 'screeenshot' 'payment slip' dan ianya sesuatu yang sangat 'fake' bagi saya. Merekalah orang yang sentiasa menyelesaikan Merchant Wellfare Advance Task dengan jumlah deposit yang beribu-ribu banyaknya. Saya berpendapat bahawa sekumpulan ini adalah dalam kalangan ahli 'scammer' itu sendiri yang bertujuan untuk meyakinkan ahli 'group' yang lain membuat deposit dan kononya 'commission' yang diperoleh itu adalah 'real'."

Secara kesimpulannya apa yang saya boleh nyatakan bahawa teknik 'scammer' Fannie Mae ini dirancang dengan sangat teliti dan sangat bijak oleh golongan yang agak pintar. Saya juga yakin bahawa ini adalah 'scammer' Malaysia bukan seperti 'Macau Scam' atau lain-lain. Teknik memberikan duit sebelum kita terjerat mengeluarkan duit kepada mereka memang disusun dengan sangat rapi. Jika anda seorang yang tidak berhati-hati memang mudah terjerat dengan perangkap Fannie Mae ini. Apapun sentiasa lah berwaspada dan berhati-hati denagn segala tawaran kerja yang datang secara tiba-tiba ini. Diharap penulisan ini memberi manfaat kepada semua.

JANA PENDAPATAN SAMPINGAN DENGAN AFFILIATE 👉https://invol.co/clgdhkk
Previous Post Next Post

Contact Form