Terbiar : Untuk Wanita Yang Ditinggalkan, Single Baru Zulin Aziz

Zulin Aziz- Terbiar
Zulin Aziz- Terbiar

Rata-rata ramai yang mengetahui kemampuan artis, Zulin Aziz untuk menyanyi, dan jika sebelum ini beliau aktif melakukan 'cover' lagu di instagram dan kini beliau tampil dengan single pertamanya yang berjudul Terbiar. Lagu ini adalah hasil ciptaan Aiyad Sakti dan Ijoo Omar.

Elemen Bossa Traditional Yang Jarang Didengari

Memilih untuk meletakkan elemen bossa tradisional (lebih kurang elemen jazz) lagu Terbiar ini dilihat mampu diterima oleh pendengar disamping penceritaan lagu terebut yang mengisahkan seorang wanita yang terbiar selepas kekasihnya berjumpa perempuan lain. Saya dah dengar lagu ini dan agak berpuas hati juga dengan elemen ini kerana sangat ringan dan ringkas untuk diterima telinga.

Bukan Pasal Diri Sendiri

Ketika ditemubual, Zulin tegas mengatakan lagu ini tiada kaitan dengan kisah hidupnya sebaliknya hanya sebagai buah tangan kepada para peminat yang menyokongnya selama ini. Korang dah dengar lagu ini? Tonton Official MV Zulin Aziz - Terbiar, di bawah dan nilailah sama ada lagu ini mempu untuk bersaing di luar sana!


sumber: youtube (warner music malaysia)

Previous Post Next Post

Contact Form