|
Galaxy S8 (foto:Tomsguide) |
Baru-baru ini, Samsung Electronics telahpun melancarkan model telefon terbaru di dalam keluarga galaxy mereka iaitu
Samsung Galaxy S8 dan S8+. Telefon pintar serba moden ini dilengkapi dengan pelbagai teknologi baru dan semestinya mereka mengatakan bahawa model S8 ini jauh meninggalkan seteru utama mereka, Iphone 7 dari segi penggunaan teknologi serta prestasi. Tetapi sejauh mana Galaxy S8 ini mampu mencairkan hati anda untuk memilikinya? Kami menyediakan ulasan ringkas tentang spesifikasi Galaxy S8 untuk rujukan anda, adakah ia berbaloi?
Lebih Skrin, Lebih Mudah
|
Skrin Baru S8 (foto:irishnews) |
|
Butang Home, Back & Multi Task (foto:Irishnews) |
|
Perbandingan S8 dan S8+ |
Galaxy S8 dilengkapi
skrin sesentuh 5.8 inci (lebih besar dari note 7!) dengan resolusi 570ppi manakala S8+ dengn
skrin sesentuh 6.2 inci dengan resolusi 529ppi. Kedua-duanya mampu menghasilkan
Quad HD+ iaitu resolusi yang lebih tinggi lagi daripada Full HD dengan screen to body ratio adalah 18:9. Semestinya ia lebih besar daripada Galaxy S7 yang hanya mempunyai skrin sesentuh bersaiz 5.1 inci sahaja. Jika Iphone mempunyai teknologi yang dipanggil Taptic Engine (mengesan tekanan jari), S8 juga mempunyai teknologi seperti itu dengan nama
Pressure Sensor.
Kamera Lebih Baik
|
Kamera Belakang 12MP (foto:tech radar) |
|
Kamera Depan 8MP |
Agak mengecewakan apabila Samsung mengekalkan teknologi kamera yang sama dengan S7. Dilengkapi dengan
kamera belakang 12MP, 1.7 aperture, Auto focus dan OIS (Optical Image Stabilization) serta mampu merekod video 4K. Cumanya sedikit perbezaan untuk
kamera hadapan apabila S8 menggunakan
8MP, 1.7 aperture dan juga terdapat fungsi Auto Focus berbanding S7 dengan 5MP dan tiada Auto Focus.
Perlindungan Tiada Tandigan
|
Iris Scanner Untuk Unlock Phone Anda (foto:techradar) |
|
Face recognition |
Seperti Galaxy Note 7 (telah dihentikan pengeluaran), anda boleh menggunakan
Iris Scanner sebagai langkah perlindungan telefon anda. Iris Scanner ini juga digunakan untuk
unlock telefon anda (jika mahu) dan juga
Face Recognition! Tetapi sedikit pelik apabila Samsung telah mengalihkan butang
fingerprint Scanner yang sebelum ini terdapat bersama
home button ke bahagian belakang telefon bersebalahan kamera. Ya, memang agak pelik untuk unlock phone anda dengan menggunakan
fingerprint sebab kedudukannya yang terletak agak atas. Mungkin Samsung cuba mempromosikan teknik
unlock telefone mengguanakan Iris Scanner agaknya.
|
Kedudukan Fingerprint Sensor Yang agak 'keatsas' (foto:CNBC) |
RAM Sama, Tetapi Lebih Hebat
Menggunakan
4GB RAM dengan memori sebanyak 64GB (SD Card sehingga 256GB) tidak banyak boleh diperkatakan, dan teknlogi ini sudahpun bersama S7 dahulu, tetapi Samsung mengatakan bahawa S8 adalah
10% lebih kuasa CPU dan 50% lebih hebat GPU. Selain itu, seperti biasa, Galaxy S8 dilengkapi teknologi kalis air dengan rate IP68. Bagi kapasiti bateri S8 juga sama seperti S7 iaitu 3000mAh dan S8+ dengan 3500mAh dan kedua-dua model ini dilengkapi teknologi
Wireless Charge dan
Fast Charging dengan USB-C.
Anda Ada Pembantu Peribadi
|
Memeperkenalkan Bixby = Siri = Google Assist (foto:News18) |
Jika Apple ada SIRI, google ada Google Assistant, Samsung juga ada pembantu peribadinya untuk anda. Memperkenalkan
Bixby, khas untuk Samsung. Anda boleh menyuruh Bixby melakukan apa sahaja, (pengiraan, buka aplikasi, tunjukkan status dll) dan berita baiknya, S8 menyediakan butang khas (disebelah kiri telefon) hanya untuk anda memanggil Bixby! Mudah kan?
Itu adalah pandangan ringkas kami mengenai Samsung Galaxy S8. Akan mula dipasarkan pada 21 April di US dan sekitar Jun di Malaysia dengan harga
$850 atau lebih kurang
RM3700.00. Jadi, adakah anda akan menjadi salah seorang pengguna Samsung Galaxy S8 ini? Jangan lupa jika anda ada sebarang cadangan, pertanyaan atau komen, letakkan di ruangan komen dibawah!
Samsung Galaxy S8. Berbaloi atau tidak?
Wahhh, terliur tengok fon gini.. Tp mengenangkan regenya tu, baik simpan je lah impian tu, hehe~
ReplyDelete